Tuesday 6 April 2021

SURAT QAAF 2. MAHKAMAH MAHSYAR.

Catatan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

19 .  Apabila ajal datang ia akan membawa kebenaran yang dijanjikan kepada yang ingkar sebelum ini.

20. Dan bila sangkakala  yang menghidupkan semula  mahlok2 yang telah mati. Ya itulah hari berlakunye amaran diberi dulu.

21. Setelah itu tiap orang  ke Padang Mahsyar dengan disertai dua malikat, pembawa dan saksi.

22. Dikatakan pada mereka didunia kamu lalai pekara berbangkit ini. Olih itu dihapuskan pekara yang menyelubung itu  lalu pandangan mu menjadi tajam menyaksikan dengan jelas pekara2 ahirat.

23.  Malaikat yang bersama nye, menyerahkan catatan iman yang dalam jagaan nye untuk sedia dibicarakan.
24. Setelah di bicara  Allah berfirman kepada dua malaikan "humbankan lah ke Neraka Jahannam tiap tiap orang yang tetap degil dalam kekufuran nye.
25. Yang sangat menghalang segala jenis kebajikan. Yang melanggar hukum agama. Dan lagi yang meragukan kebenaran.
26. Yang menyembah benda2 lain bersama Allah.  Maka humbankan lah akan dea kedalam azab seksa yang seberat2 nye.

27. Semasa dihumban keneraka dea  mendakwa  syaitan lah yang menyesatkannye. Tapi syaitan tidak mengaku menyesatkan tetapi sememang nye dea sendiri yang sesat dan terpesong.

28. Allah berfirman " Jangan kamu berbalah didepan Ku, tiada guna kerana telah dibuat keputusan, dahulu diberi amaran untuk menyiksa orang yang bersalah.
29. Keputusan itu tidak bolih diubah dan ditukar ganti. Allah tidak menzalimi hamba2 nye.

30. Peringatkan lah akan hari kami bertanya kepada neraka jahanam " Adakah engkau sudah penoh? Ia menjawab " adakah lagi sebarang tambahan.?"

Was.

Nota rengkas.

1. Ajal akan membawa kebenaran ajaran   mereka yang ingkar sebelum ini.
2. Sangkakala akan menghidupkan yang mati.
3. Semua akan dibawa kemasyar catatan amal diserahkan untuk dibicarakan.
4. Mereka yang degil dan kufur:-
*menghalang kebajikan,
*Yang melanggar hukum agama,
*yang meragu kebenaran.
*yang menyembah selain Allah.
Dicampak ke neraka untuk seksaan yang keras.
5. Perbalahan antara pesalah dengan iblis dihadapan Allah sudah tidak bermakna kerana keputusan sudah dibuat. Amaran telah diberi dahulu.
6. Ingat lah akan Neraka Jahannam.

No comments:

Post a Comment