Monday 5 April 2021

SURAT QAAF 1. PERCAYA LAH HARI BERBANGKIT

Terjemahan ini sekadar memahami wahyu Ilahi sahaja.

Bismilllahirrahmanirrohim.

1. Qaaf.. alQuran yang melimpah2 kan kemulian dan kebaikan, sesungguhnye  Muhammad adalah Rasul diutuskan untuk memberi peringatan dan amaran.

2. Kaum musyrik Mekah hairan seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri memberi peringatan, amaran hidup semula sesudah mati . Sesuatu yang menakjubkan.

3. Soal mereka, sesudah mati menjadi tanah, ta kan hidup semula. Semua nye telah hancur.

4. Ape yang dikata mereka tidaklah benar, kerana Allah mengetahui ape yang dimakan olih bumi tubuh orang yang mati dan ada kitab yang menyimpan semua perkara yang berlaku.

5. Mereka sangat terburu2 mendustakan kebenaran, olih sebab itu mereka didalam kacau bilau.

6. Kalau mereka menyangka Allah tiada kuasa, lihat langit dibena tanpa tiang dan dihiasi bintang2 dan tidak pula ada retak2.

7.lihat lah bumi sebagai hamparan  dipacakan gunung ganang yang kukuh dan ditumbukan berbagai tanaman yang indah dan subur.

8. Semua nye itu untuk menjadi perhatian dan peringatan kepada hamba2 yang mahu kembali kepada taat dan berbakti.

9. Allah juga menurunkan air hujan yang banyak faedah nye. Dengan nye pokok2 tanaman buah nye bolih dituai.
10. Pokok2 kurma yang menjulang dengan mayang yg lebat buah nye.

11. Semua itu sebagai rezeki untuk sekalian hamba2 nye,  dan dengan air itu di hidupkan bumi yang mati, bagitu lah orang yang mati dibangkit semula.

12. Sebelum ini kaum Nabi Noh,  Ashabur Rassi, kaum Nabi Salih; Thsamud, mendustakan nabi2 masing.
13. Aad..kaum Nabi Lot
14. Penduduk Aikah, kaum Tubba telah mendustakan  Rosul diutus lalu mereka ditimpa azab yang dijanjikan.

15. Memerhatikan mahluk yang dicipta  yang pertama, Allah tidak lemah untuk mencipta semula, mereka lah dalam keliru dan ragu2 tentang mahlok2 hidup semula dalam bentuk baru.

16. Sesungguh nye Allah telah mencipta manusia dan mengetahui ape yg dibisik dalam hati mereka. Pengetahuan Nya lebih dekat dari ulat lehir mereka.

17. Dua malaikat ada menjaga dan mengawal kiri dan kanan, dan menulis segala perkataan dan perbuatan mereka.

18.  Semua perkataan dilafaz dan perbuatan ada malaikat pengawas,  sentiasa sedia menerima dan menulis nye.

Was.

Nota pendik.

1. Nabi Muhammad Rasul diutus untuk memberi peringatan.
2. Jangan ingkar dan soal bahawa ada kebangkitan semula setelah mati.
3. Allah berkuasa menghidupan mahlok semula.
4. Chontuh kekuasaan Allah
* penciptaan langit tanpa tiang dan bintang2
*penciptaan bumi yang terhampar,gunung ganang dan tumbuhan indah lagi subur.
* menurunkan air hujan, dari nye tumbuh pokok yang berbuah. Spt pokok kurma dll.
5. Sebelum ini nabi2 telah diutus pada kaum terdahulu, mereka juga telah mendustakan nabi2, lalu mereka ditimpa azab.
6. Allah yang mencipta manusia. Dia mengetahui apa yang bisik dalam hati.
7. Dua malaikat kiri dan kanan akan membuat catatan segala perbuatan dan percakapan.

Was.
642021

No comments:

Post a Comment