Wednesday 16 July 2014

Kenanga Ku Semasa Pegawai Daerah HP. 4.

Pejuagan Untuk Kediaman Raayat.

Saya adalah lepasan UM Pengajian "Pesant Sociaety In South east Asia" sangat meminati kepada gerakan kaum tani dan meneliti masaalah penderitaan mereka kerana itu bila saya bertugas didaerah saya sangat prihatin kepada kehidupan raayat tani ini.

Saya melihat banyak usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kehidupan sosial ekonomi mereka.Terdapat  masih ramai yang bersetinggan dan tiada tempat kediaman selesa. Olih itu tindakan membuka penempatan baru dan mengeluarkan hak milik penempatan stinggan mereka adalah wajar.

Masih teringat akan menyelasaikan penempatan   lebih 20 th bersetinggan.  RPT  Kubur Jepun namenye, kerana telah di gazet kan sebagai penempatan Kubur Jepun,tetapi tiada satu kubur pun disitu. Hanye dengan membatal kan gazet tersebut hak milik telah pun boleh diberi kepada mereka.

Lain2 penempatan yang berjaya diluluskan dan dikeluarkan hak milik dalam tempuh 4th 10 bln itu antara yang masih di ingat ialah RPT Batu 14. Air itam,  merupakan RPT terbesar memiliki lebih 700 lot kediaman. RPT bt 8 dan 9. Cangkat Jong. RPT Langkap. RPT Sg. Manik. RPT Attaduri. RPT 3 mukim. rpt  Labu Kubung dll.

Kepada mereka yang  termiskin, dan ditimpa bencana kebakaran saya telah menyediakan satu kawasan seluas dua ekar untuk penempatan itu, sebayak 24 buah rumah dibena, sumbangan YBU. Rumah kediaman telah didirikan untuk mereka, menjadikan sebuah Kampung Baru di kawasan Pasir Berdamar Dalam.

Selain RPT yang menjadi nostalgia saya adalah saya sempat mendapatkan kelulusan untuk projek rumah pangsa Jln Laksemana saya teringat jasa puan Norsham , lahiran Batak Rabit yang mempertimbangkan projek ini semasa beliau  menjadi Ketua Unit Perumahan Suk. Walaupun projek ini ada lah projek terahir saya dan projek terahir saya bermesyarat bersama nye dimane selepas itu saya sunyi dengar selanjutnye.

Kesempatan ini juga membolehkan saya mengeluarkan tol kediaman, mana2 rumah setigggan yang tidak dapat di keluarkan hak milik atas sebab dibina diatas tanah rizab. Dianggarkan lebih 1500 tol kediaman dikeluarkan pada mereka untuk menghilangkan status stinggan mereka.

Dari progrem2 kediaman yang telah di laksanakan  dalam jangka waktu lebih 4th itu sebanyak lebih 2000 lot baru telah disediakan kepada orang2 kampong dalam daerah ini, tidak termasuk PPRT yang dimajukan olih felcra dibawah progrem baik pulih dan rumah baru yang berjumlah ratusan buah lagi.

Saya megharapkan mereka yang menerima projek ini akan bahagia bersama keluarga nanti

    
    ....Nostalgia ini catatan rengkas saya sj.


No comments:

Post a Comment