Tuesday 15 July 2014

Kenangan Ku semasa Pegawai Daerah HP 1.

Sepanjang saya bertugas dengan kerajaan inilah pertama kali saya bertugas dibawah kerajaaan Pakatan Raayat .

Issu terbesar pada waktu itu adalah kejasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan pusat ditadbir oleh Barisan Nasional manakala Kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Raayat. Keadaan ini sudah tentulah ada  perbezaan dan keserasian.

Untuk mengatasi kemelut ini satu progrem  berbentuk santai telah direncana supaya  semua Ketua Jabatan Daerah dapat menyertainye sebagai kemuafakatan bersama.

Satu lawatan kePulau Sembilan telah di persetujui kerana pulau ini tempat popular memancing ikan dan paling hampir  persempadanan dengan Daerah Hilir Perak terletak di  Daerah Manjung.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Adun dan Pemberita telah berserta ke pelayaran ini.  Dua buah Kapal peronda dari Jabatan Kastam disediakan dan beberapa buah bot tambahan dari JPS dan Majlis Daerah. Ketua2 Kampong dari Bagan Sg lalang, Sg Burung di Bagan Datuk telah memberi kerjasa dan bantuan untuk progrem ini terutamanya penyedian tempat dan makan minum diPulau Sembilan.

Apa yang menjadi kenagan indah disana adalah pulau ini cantik asli belum ada penerokaan oleh manusia tiada bagunan  kecuali sedikit pantai putih. Udara nye nyaman dan angin sentiasa bertiup kencang.

Cuaca begini menimbulkan kerisauan kami kalau rubut dan taufan melanda. Sangkaan kami telah menjadi kenyataan dimana dari awal kehadiran kami kepulau ini ribut kencang telah melanda. Semua yang berada dalam kapal telah di lambung ombak,  ada yang melambung hingga kepala terhantuk keciling bila tangan terlucut dan dihempas kekiri dan kanan. Ada Yb dan Ketua Jabatan  jatuh sakit, pening muntah dsb nye kecuali beberapa orang pegawai, saya terselamat. Kerana ada sedikit pengalaman di air masa kecil dulu teknik  menari mengikut alunan bot di dek kapal tidak menentang nye. Ombak itu sangat tinggi seolah2 kami di telan laut.  Tiada kelihatan yang lain hanya ombak menggulung dan mengganas.

Kami tersadai di Pulau Sembilan 7 jam  untuk menuggu ribut  tenang. Kami balik ke bagan  jam 8 malm.  saya bersyukur semua nye selamat. Esok nye keluar dimuka depan berita" 7 jam dipukul ribut."  Dalam ahbar Sinar.

               ..........Nostalgia ini cacatan rengkas sj.

No comments:

Post a Comment