Tuesday 15 July 2014

Kenangan Ku semasa Pegawai Daerah HP 2.

Pada Mac 2008 saya telah di lantik sebagai Pegawai Daerah untuk  mentadbir Daerah Hilir Perak. Saya sempat bertugas dibawah dua pemerintah yak ni 11 bulan dibawah Pakatan Raayat dan Barisan Nasional sehingga Okt 2012. Kemudian saya telah dipindahakan ke ibu pejabat.

Sebagai pegawai yang baru saya melihat akan kesusahan sebahagian orang ramai berurusan di Pejabat Tanah dan Daerah, oleh itu saya membuat keuputusan supaya di ujudkan kaunter setempat, dimana semua unit2 dibawah pentadbiran Daerah di cantum untuk memberi perhidmatan secara berpusat.

Olih kerana pejabat tersebut sempit maka kita perlukan ruang yang selesa maka semasa Yab Mb membuat lawatan turun padang dan mengadakan  Mesyuarat Exco didaerah, saya telah mencadangkan  satu peruntukan sebanyak rm 70k untuk ubahsuai pejabat, ditimbangkan . Yab Mb telah melulusan peruntukan itu sertamerta maka ruang kaunter bersepadu pun di sediakan.

Kaunter Bersepadu ini  menempatan semua unit dibawah Pentadbiran  Tanah seperti  Unit Pendaftaran dan Pelupusan, aduan .Bahagian Pembagunan Masyarakat luar Bandar dan Bahagian Pentadbiran Daerah.

Semua perhidamatan ada disediakan di kaunter ini, orang awam ta perlu bersusah payah menemui pagawai di bilik2 mereka, menunggu lame   yang memakan masa. Dikaunter ini mereka hanye menunggu giliran  untuk menerima layanan.

Pelaksanaan kaunter bersepadu ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai dan memendekan masa berurusan. Kaunter bersepadu seperti ini adalah yang pertama ujud di Malaysia untuk ketogeri Pejabat Daerah danTanah. Olih itu  kami rasa berbangga kerana dapat menjayakan nye. Kaunter ini telah di resmikan oleh Yb Dt Sri Rahman Hashim SUK Perak ketika itu.

                         ¤ Nostalgia ini cacat rengkas  sja.

No comments:

Post a Comment