Tuesday 15 July 2014

Kenangan Ku Semasa Pegawai Daerah Hp 3

Penyertaan Hadiah Inovasi Perdana.

Penyertaan untuk Hadiah Inovasi Perdana bukan lah hasrat asal saya ketika itu. Tidak terlintas dihati pun untuk Anugerah berprestij itu. Yang paling penting bagi saya ketika itu adalah bagaimana untuk mengatasi masaalah perhidmatan kerajaan supaya lebih efisyen dan telus dan berintegriti kepada orang ramai.

Untuk itu saya telah perkenalkan kaunter bersepadu supaya semua orang awam yang berurusan dengan Pejabat Daerah dan Tanah dilayan  segera, mesra, telus dan terelak dari sebarang penipuan.

Untuk mengemaskinikan  pentadbiran pejabat selanjutnye saya telah perkenalkan  supaya sistem 5 s di munafaatkan,sistem ini telah lame ujud tetapi tidak dilaksanakan saya berpendapat ia amat merugikan.degan harapan sekiranye urusan pertanbiran telah berjalan dengan licin melalui pelaksaanaan 5s ini maka perhidmatan yang cekap kepada orang ramai dapat diberikan.Dengan kerjasama khidmat konsultan beserta dengan semua anggota, telah berupaya menyiapkan 5s dengan jayanye. 5s yang di laksanakan Di daerah Hilir Perak ini adalah yang pertama di Malaysia dalam ketogeri nye.

Berita kejayaan 5s dan ciptaan inovasi ini menyebabkan  Pejabat Daerah Hilir Perak menjadi popular dan di datangi dan dilawati olih Pejabat Daerah seluruh negara  untuk mendapatkan maklumat terkini.

5s ini adalah sebahagian dari espek inovasi bagi menentukan urusan pentadbiran menjadi mudah,senang mengesan, tersusun dan bersih dari sampah sarap yang tidak berguna. Pada masa ini juga ada pelawaan pertama kali untuk penyertaan Anugerah  Inovasi Perdana, Peringkat Kebangsaan dengan hadiah yang lumayan.Saya cadangkan agar menyertai nye. Oleh itu sebayak 9 inovasi telah sedia dan baru dicipta untuk nye.

Penglibatan kami dalam penyertaan ini pada 2011 tidak membuahkan hasil dimana kami mampu untuk keperingkat akhir sahaja. Namun saya cadangkan supaya pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak akan menyertaai pertandingan pada masa2 akan datang, kerana dengan cara itu ia suatu yang menguntungkan kerana urusan pentadbiran sentiasa di update kan dan usaha yang baik mungkin membuahkan hasil memenanginye.

Saya ahiri perhidmatan saya di Daerah Hilir Perak pada okt 2012. Pengganti saya meneruskan inovasi dengan menokok tambah disana sini dan di khbarkan bahawa pada inovasi tahun 2013 Daerah Hilir Perak berjaya mendapat tempat Pertama Inovasi Kebangsaan. Saya ucapkan syabas kerana asas yang kukuh untuk kejayaan ini telah disediakan sejak 2009 dan  kemenagan itu bukan  dicipta dengan suatu  malam saja.

          ..nostalgia ini catatan rengkas  sahaja.

No comments:

Post a Comment