Tuesday 5 March 2013

Hidup ini pendek sahaja kehidupan itu panjang

Kebanyakan orang, umur hayat nya tujuh puluh tahun atau yang bernasib baik lebih panjang dari itu, namun Allah lah yang  menentukan hayat sebenar umur manusia dan selayaknya.Mengikut jangka waktu usia manusia bolehlah dianggarkan kepada lima fasa.
    1.Zaman kanak2 , zaman dimana sejak kita lahir hingga ke sekolah fomal sekitar 6  tahun. Kehidupan kita masa itu sangat bergantung kepada ibu bapa atau penjaga kita dalam semua hal. Kehidupan yang kita tidak tahu apa2. Keselamatan kita, pakaian kita, makan minum kita hatta nyawa  kita pun,  semua nya di jagai mereka.Hidup yang sangat lemah. Hidup atas belas ikhsan orang lain  atas rahmat Allah.
    2. Zaman persekolahan, yak ni zaman menuntut ilmu dunia atau ahirat. Bermula sejak umur 7 tahun mungkin hingga ke 23 tahun atau lebih Alam ini juga masih alam pergantungan kepada ibu bapa, kerajaan, ajensi ajensi maupun intitusi kewangan kerana  memerlukan berbagai perbelajaan Pembelajaran. Masa ini seluruh fikiran dan jiwa ditumpukan untuk mendapat kelulusan dan kejayaan peperiksaan. Itu sahaja semua nya terbatas kerana zaman ini bukan masa bersanggang besukaria. Intruksi terpenting ketika itu adalah guru pensyarah dan pengajar  buku buku itulah dunia kita ketika itu dunia keterbatasan.
      3. Zaman keemasan. Zaman dalam lingkongan umur 25 tahun hingga 50th. Zaman telah tamat pengajian dan masuk kealam pekerjaan. Mungkin pada masa ini zaman yang bertenaga dan sedikit kenikmatan, dengan pendapatan yang ada bolehlah ke pasaraya membeli belah barang kesukaan dan yang di idamkan selama ini,membeli kereta, Rumah kediaman, melancung kesana sini, berkahwin dan bekeluarga, enjoi dengan anak-anak.
Bersukan pada yang diminati dan lain yang di idam dan diingini. Jika banyak lah pendapatanya maka makin besarlah kehendak yang diingini mereka bayaklah pula di belanjakan. Itu lah kenikmatan sementara yang di ulang ulang. Zaman emas ini ada dalam lingkongan 30 tahun, kurang lebih. Tidak lama lebih kurang 30 tahun sahaja.
    4. Zaman rawatan. Apakala usia kita telah meningkat, mencecah 50 tahun, anda perlu mengawasi kehidupan anda. Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah mempunyai unsur-kelemahan-kelemahan. Zaman ini zaman untuk keklinek, ke hosptal, ke dukun, kerumah urut, kefamasi, dan kedai-kedai ubat untuk mencari penawar pelbagai penyakit. Dan ke pelbagai bagai tempat untuk mendengar pelbagai nasihat terapi untuk meningkatkan pembaikan kelesuan kesihatan. Ini lah alam penderitaan kesulitan dan munkin juga ada kebencian. Anak anak, saudara mara pun belum tentu menyayangi kita lagi.
       5.Zaman akhir hayat atau alam barzah alam yang di ajar kita alam ahirat untuk menerima segala pembalasa amalan kita baik atau buruk.
       Itu sahajalah kehidupan kita di dunia ini,  pendek sahaja. Yang berkualiti nya adalah dalam lingkungan  30 tahun, yang lain alam pergantungan semula dan mungkin juga alam orang membenci kita. Olih itu dalam kehidupan ini jangan lah berbangga diri dengan jawatan kita, kuasa sementara kita, kedudukan kita, kekayaan kita, bayak harta kita, kebijakasanaan kita, kepetahan bercakap kita, darjat dan bangsa kita, pingat dan kebesaran kita.Janganlah pandai mengumpat orang memfitnah orang tanpa bukti, mengaib orang untuk nafsu sendiri dan jangan lah membuang agama kerana nafsu tamak haloba.sesungguh nya hidup ini sengkat, tidak lama linkungan 30 tahun sahaja. Hidupkanlah kemanusiaan. Perbanyakan kebaikan dan kebajikan kerana dia sahaja akan bersama di alam abadi.

No comments:

Post a Comment