Tuesday 5 March 2013

Bicara sistem minda orang high clas, .

    Kejayaan dan kemajuan bangsa sangat
berkaitan rapat dengan keupayaan  berfikir secara rasional dan memiliki ilmu yang banyak dalam urusan nya. Kerana itu Allah berfirman yang  bermaksud,' bahawa pemimpin itu dipilih bukan kerana harta dan kekayaan nya yang melimpah tetapi kerana  ilmu yang banyak dan tubuh yang perkasa.
    Ilmu yang banyak menjamin darjat dan kedudukan sesaorang. Ilmu keduniaan untuk mentabir dan mengurus dunia manakala ilmu ahirat untuk keperluan dunia dan ahirat. Olih itu orang yang mempunyai martabat ilmu yang tinggi ia akan bercakap hal hal berkaitan sistem, bukan berfikir dan bercakap pekara pekara remeh dan individu.Dia bercakap, merancang dan melaksakan  sistem ekonomi, sistem sosial perbezaan untuk penyamaan darjat dan merancang kejayaan2. Manakala orang2 berpikiran  kelas bawahan  mereka akan berfikir dan bercakap hal-hal individu, mengumpat, menghina, memfitnah, cakap kosong dan laro.makala orang yang kelas mentaliti  tinggi mereka bersikap jujur, tidak  berdusta, berkata dengan fakta, membincang soal sistem yang hendak di bagunkan, menkaji kekuatan dan kelemahan sistem yang ada, mengada kan pembaikan2 apa yang kekurangan dan sebagainya.  Memikir, merancang, melaksana pekara semasa dan masa depan yang terdekat dan yang jauh dan berpanjangan untuk Menuju kepada sistem kebaikan yang tinggi kepada masyarakat keadilan, kemanusiaan dan kebenaran nilai nilai kehidupan yang diredhoi Allah.
      Saya teringat akan kesah  rakan-rakan cina dalam persatuan menanam cili di Perak. Mereka ingin maju dalam perusahaan menanam cili besar. Asal nya cili yang ditanam tidak menjadi  rosak, sais nya dan masak nya ta sama tidak sekata. Mereka sering berbincang hal ini. Ahirnya mereka memperolih penemuan2 penting, bahawa baja, racun, dan penjagaan memainkan peranan untuk penghasilan yang baik, mereka dapat mengujudan 3 ketogeri cili, pedas, kurang pedas dan tidak pedas, untuk pilihan pengguna. Pekara yang sama juga berlaku kepada penanam togeh dimana mereka berjaya menghasilkan togeh yang gemuk dan pendek, rangup seperti saekor pacat yang kenyang.
        Begitulah contoh kecil sumbang pemikiran sistem yang dapat memberi munafaat kepada pengguna dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment