Wednesday 6 March 2013

Pantun opah

Baik budi  hati tertawan,
Bercakap manis lemah lembut,
Baik menjaga diri mu tuan,
Takut terkena dalam lembut.

Dunia bererti sementara,
Ahirat beerti kekal,
Ikut sahaja ajaran ugama,
Agar hidup tidak menyesal.

Pujuk rayu puji pujian,
Hadiah pemberian juga umpan,
Jangan terperangkap godaan orang,
Badan binasa dengan sesalan.

Gadis melayu jari berinai,
Berbudi bahasa lagi bijak,
Bersopan santun baik perangai,
Mengikat kasih orang yang nampak,



No comments:

Post a Comment