Tuesday 20 March 2018

Albaqorah 1. Orang Beriman, Kapir dan Munafik.

Rinkasan makna ayat2 Allah. Ku tulis demi untuk memahami nye sahaja.

Bismillah hirrohmanirrohim.

2. Al quran ini sempurna dari Allah sebagai petunjuk  kepada orang2 bertaqwa.

3. Beriman pada yang ghaib. Mendirikan solat. Berbelanja sebahagian rezeki yang diberi Allah.

4. Beriman kepada kitab Quran. Dan kitab terdahulu. Dan yakin ade nye hari ahirat.

5. Mereka ini lah yang mendapat petunjuk dan  orang2 yang berjaya.

Kesimpulan nye.:-

Ayat2ini merupakan  rukun iman.
I. Percaya kepada alquran datang dari Allah.
2. Beriman kepada yang ghaib.
3. Mendirikan solat.
4. Berbelanja rezeki yang diberi Allah.
5. Beriman kepada kitab2 yang diturunkan.
6. Yakin adenye hari ahirat.

S.****************************************

6.  Orang2 kapir walaupun diberi amaran mereka tetap ta beriman.

7. Allah telah menutup hati pendengaran dan penglihatan mereka. Mereka akan diazab.

8. Mereka berkata beriman pada Allah dan hari ahirat tetapi menipu.(munafik).

9. Mereka memperdaya diri sendiri.

10. Mereka ade penyakit syak, hasad, dengki dan mereka akan diazab kerana berdusta.

11. Mereka di larang membuat bencana dan kerosakan dibumi tetapi mereka menjawab membuat kebaikan.

12. Sebenarnye mereka membuat bencana dan kerosakan dibumi.

13. Bila diseru untuk beriman seperti orang beriman. Mereka memperbodohkan. Pada hal mereka lah yang bodoh.

14. Bila bertemu dengan orang beriman  mereka berolok2 kata beriman,  mereka balik kesyaitan2 mereka bila bersama mereka dan mereka mempermainkan sahaja.

15. Allah biarkan mereka dalam kesesatan.

16. Mereka membeli kesesat dengan meninggalkan petunjuk. Peniagaan yang tidak menguntungkan dan tidak mendapat hidayah.

17. Mereka Umpama  api yang dinyala dan bercahaya kemudian padam tiada cahaya gelap gelita.

18. Seolah mereka pekak bisu dan buta tidak kembali kepada kebenaran.

19. Atau bandingan nye hari hujan, gelap gelita, dengan guruh dan kilat, mereka menyumbat teliga mendengar petir takut mati.

20. Tiap kali kilat menerangi mereka mereka berjalan dalam cahaya. Bila gelap  berhenti menuggu.  Sekiranye Allah menghendaki maka dihilangkan pendengaran dan penglihatan mereka.  Allah berkuasa setiap sesuatu..

Kesimpulan:-

1.Orang2 kapir walaupun diberi amaran tetap tidak beriman.
2. Mereka membuat bencana dan kerosakan dibumi.
3. Mereka berolok2 beriman sahaja dan berdusta.(munafik)
4. Mereka orang yang sesat.
5. Mereka hilang cahaya. Dalam kegelapan iman.
6. Mereka diibarat mati, pekak, buta dan bisu.
7. Mereka akan diazab.

Was.

No comments:

Post a Comment