Tuesday 27 March 2018

Al Baqorah 6. Musuh Masjid Dilarang Masuk Masjid

Bismillahhirrohmanirrohim.

104.. Orang beriman dilarang mengatakan 'raa'ina' (dalam bahasa yahudi mencaci Nabi ) tetapi gunakan lah perkataan "unzurna" yang bermaksud berilah perhatian kepada kami.

105. Orang2 kafir dan musyrik tidak suka (kebaikan) wahi diturunkan .  Pada hal Allah berhak menentukan rahmat Nye kepada sesiapa yang dikehendaki Nye.

106. Ape2 ayat dimansuh, dibatal, ditinggalkan, Allah, diganti dengan yang lebih baik atau sebanding dengan nye. Allah maha kuasa pada tiap2 sesuatu.

107. Allah lah sesungguh nye yang menguasai alam , langit dan bumi. Dea lah yang dapat memberi perlindungan dan pertolongan.

108. Jangan lah kamu hendak meminta kepada Rosul kamu seperti permintaan kaum Nabi Musa. Sesiapa yang menukar iman kepada kekufuran  mereka adalah sesat.

109. Ramai diantara ahli kitab suka kiranya mereka kembali kepada kafir, setelah beriman, kerana dengki setelah nyata kebenaran Nabi Muhammad.

110. Dirikan lah solat dan tunaikan zakat, ia mendapat balasan pahala dari Allah.

111. Orang2 Yahudi berangan2 yang agama mereka sahaja yang masuk syurga. Tetapi tiada keterangan membuktikan nye. Tidak benar.

112...Sesiapa yang menyerah dirinye kepada Allah, sedang berusaha pula supaya baik amalan nye, maka ia berolih pahala disisi Rabbinye, dan tiada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita.

113 . Orang Yahudi dan Nasroni masing2 berbalah dan mengutuk agama diantara mereka,  pada hal mereka membaca kitab masing2 Taurat dan Injil, bagitu juga orang2 yang ta berilmu pengetahuan. Maka Allah akan menghukum mereka pada hari kiamat nanti.

114. Orang yang menyekat dan menghalang untuk bersolat dan menggunakan masjid dan berusaha untuk meruntuhkan masjid..mereka dilarang maduk ke masjid. Mereka yang berbuat begitu, berolih kehinaan didunia,  di ahirat mereka akan diazab seksa yang amat besar.. Masuk masjid hendak lah penoh hurmat dan takut kepada Allah sahaja.

115. Allah lah yang memiliki timur dan barat maka kemana sahaja kamu arahkan diri (kiblat) maka disitulah arah yang di redhai Allah.

116. Orang musyrik mengatakan Allah mempunyai anak.  Maha suci Allah dari apa yang dituduh mereka. Bahkan Dialah yang memiliki segala ada langit dan bumi, yang tunduk dibawah kekuasaanNya.

117. Allah jualah yang mencipta langit dan bumi dan apabila ia berkehendaki sesuatu dea hanya berfirman "Jadilah engkau maka terjadilah..". (kunpayakun).

S.
Hanya untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Nota pendik.
1. Dilarang nengatakan 'rainna' tetapi sebut lah 'unzurna.'
2. Allah lah yang menguasai Alam.
3. Mereka dengki kepada Nabi di beri alQuran.
4. Yahudi sentiasa berbalah antara mereka, pada hal mereka diberi kitab.
5. Perintah dirikan solat tunaikan zakat.
6. Sesiapa yang menyerah diri kepada Allah berolih pahala.
7. Orang yang menyekat bersolat dilarang masuk masjid
8. Allah lah yang menentu kiblat.
9. Allahlah pencipta langit dan bumi. Apa yang Dea kehendaki,Dea hanya berkata "jadi maka jadi lah'.

No comments:

Post a Comment