Saturday 24 March 2018

Al Baqorah 5. Larangan Mengamalkan Ilmu Syihir.

Bismillahhirrohmanirrohim.

87.  Nabi Musa dianugerakan kitab Taurat.
Dan diidatangkan dengan lain2 Nabi dan Rosul. kepada Nabi Isa diberi mukjizat. Tetapi seruan Nabi2 ini ditolak dan dusta olih mereka dan ade pula yang dibunuh.

88. Allah telah melaknat  mereka kerana kekufuran mereka. Olih itu Sedikit dari mereka yang beriman.

89. Bila AlQuran diturunkan mengesahkan Taurat  yang juga membenarkan kebenaran Nabi Muhammad dan AlQuran mereka mengengkarinye. Maka mereka di laknat Allah.

90. Sejahat2 pekara adalah membeli kesenagan diri sendiri dengan mengengkari alQuran kerana dengki  diturunkan wahi kepada Nabi Muhammad.

91. Apabila disuruh beriman kepada AlQuran mereka berdalih hanye beriman kepada Taurat sahaja, pada hal Quran mengesahkan kitab Taurat..namun jika  mereka  beriman kenapa  membunuh para Rasul dimasa lampau.

92. Nabi Musa telah didatangi dengan mukjizat tetapi mereka menyembah patong anak lembu sepeningalan nye,
perbuatan yang sangat zalim.

93. Mereka dusuruh amalkan ajaran Taurat dengan bersungguh2 tetapi mereka menderhakai nye sebaliknye mesra dengan patung anak lembu itu telah sebati dengan mereka. Amat lah jahat kepercayaan mereka itu.

94.. Kalau benar dakwaan mereka bahawa syurga itu hak mereka tidak dicampuri orang lain bercita2lah mati jika benar.

95. Sudah tentu  mereka tidak bercita2 mati disebabkan dosa2 mereka lagi zalim.

96. Wahai muhammad mereka adalah seloba2 pada kehidupan tiap2 seorang dari mereka mahu hidup 1000 tahun pada hal umur yang panjang tidak melepaskan azab mereka.

97. Jangan memusuhi jibril kerana dea menurunkan alQuran  didalam hati dengan izin Allah yang menjadi petunjuk orang2 beriman.

98. Sesiapa yang memusuhi Allah. Memusuhi malaikat Nye, khas nye Jibrail dan Mikail, mereka akan diseksa . sesungguhnye Allah musuh orang2 kafir.

99. Allah telah menurunkan ayat2 keterangan yang jelas nyata, orang yang mengengkarinye adalah orang2 yang fasik.

100. Patut kah setiap kali mereka mengikat janji setia di ingkari, dibuang dan dicabuli  bahkan kebayakan mereka tidak beriman.

101. Apabila  datang seorang Rosul mengesahkan ape yang ade pada mereka (taurat), sebahagian mereka melemparkan kebelakang seolah2 mereka tidak ketahui.

102. Mereka membelakangi kitab Allah tetapi mengikut ajaran puak syitan syihir di masa zaman pemerentahan Nabi Sulaiman.Pada hal Sulaiman tidak mengamalkannye.Mereka mengajar ilmu syihir yang diturunkan 2 malikat Karut dan Marut. Di negeri Babil. Untuk menguji keimanan mereka. Ade juga yang mempelajarai ilmu sihir mencerai beraikan suami isteri. Tidak akan berlaku sesuatu jika ta di izin Allah. Sesiapa yg  memileh ilmu shihir  itu  sagat lah buruk dan tidak mendapat bahagian di ahirat.

103. Orang beriman dan bertaqwa akan mendapat pahala, lebih baik klu mereka ketahui.

S.

Fakta rengkas.
1. Nabi musa diturunkan kitab Taurat tetapi mereka tolak.
2. AlQuran  pula diturunkan pada Nabi Muhammad mereka juga mengengkari nye.
3. Mereka menderhaka dan menyembah patung anak lembu.
4. Sesiapa yang memusuhi Allah dan malaikat mereka akan di seksa.
5. Mereka mengamalkan ilmu syihir yang di ajar olih  malaikat  Kharut dam Marut.
6. Orang yang beriman dan bertaqwa akan berolih pahala.

No comments:

Post a Comment