Wednesday 21 March 2018

AlBaqorah 3. Kenangi Nikmat Allah.

Bismillahirrohmanirrohim

34. Allah perintahkan untuk memberi hormat kepada Nabi Adam. Semua tunduk patuh kecuali Iblis. Dia enggan dan takbur menjadikah dea gulungan kafir.

35. Allah perintahkan Adam dan Hawa dalam syurga nikmati segala makanan yang ade tetapi tidak menghampiri satu pokok  yang boleh menjadi orang zalim.

36. Maka mereka telah di perdaya olih syaitan menyebabkan nikmat keatas mereka ditarik. Mereka  diperintah untuk turun kebumi yang sebahagiannye bermusuhan dan menikmati kesenangan hingga kesatu masa.

37. Nabi Adam menerima taubat dari Allah dan diampunkan kesalahannye.

38. Allah perintahkan semua turun dari syurga. Kemudian akan didatangkan nabi untuk diberi petunjuk kitab2. Sesiapa yang mengikut petunjuk itu mereka tiada kebimbangan dan berdukacita.

39. Orang2 kafir yang mendustakan ayat2 Allah Ahli neraka yang kekal.

40. Bani Israil diingat tentang nikmat yang diberi Allah dan diminta menyempurnakan janji. Mereka di ingatkan supaya gerun  kepada Allah sahaja bukan kepada yang lain.

41. Beriman lah kepada  alQuran. Yang mengesahkan benarnye kitab dahulu dan jangan kafir akan dea. Jangan jadikan ayat Allah harga membeli kelebihan yang sedikit faedah nye.

42. Jangan menyembunyi dan campur aduk yang benar dan salah.

43. Dirikan solat keluarkan zakat. berjamaah besama orang2 yang ruku'

44. Patut ke suruh orang buat kebaikan sedang lupa akan diri sendiri.

45. Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat . Solat itu berat kecuali orang2 yang khusuk.

46. Iaitu mereka yang percaya dan yakin akan menemui Rabbi dan akan kembali kepada Nye.

47.  Bani Israil diminta kenangkan  nikmat Allah yang telah melebihkan mereka atas orang sezaman nye.

48. Pelihara lah diri dari azab sensara hari ahirat yang tidak boleh melepaskan orang lain,tiada syafaat,tiada tebusan dan yang bersalah tidak akan diberi pertolongan.

49. Kenangkan lah ketika Allah selamatkan kekejaman firaun  menyeksa  dan membunuh anak kelaki kamu.

50. Ingatlah ketika Allah belah kan laut selamat mereka dan tengelamkan firaun.

51. Ingatlah ketika Allah turunkan Taurat kepada Nabi Musa selama 40 hari. Sepeninggalan nye mereka menyembah patung anak lembu. Mereka sangat zalim.

52 Allah maafkan mereka supaya mereka bersyukur.

53. Kenangkanlah Nabi Musa di beri kitab Taurat  untuk mendapat petunjuk.

54. Kenangkan  sabda  Nabi Musa agar mereka bertaubat kepada Allah sebab mereka menyembah patung anak lembu..bunuh lah diri kamu..supaya Allah menerina taubat kamu.

55. Kenangkan lah  ketika mereka hendak melihat Allah dengan mata sendiri maka mereka disambar petir.

56. Kemudian Allah bangkitkan dari mati itu supaya bersukur.

57. Allah naungi mereka dengan awan  dari panas padang pasir dan  diberi mann dan salwa. Makanan yang baik  diberikan.

58. Kenangkan lah ketika masuk kesatu bandar mereka menikmati makanan yang disukai. Dan boleh pula  dengan merendah diri memohon ampun segala dosa, diampunkan dan ditambah pula pahala yang berbuat baik.

59. Orang zalim mengubah ayat2 Allah mereka akan diturunkan bala bencana kerana fasik.

60. Ingatlah ketika musa memohon air. Allah perintahkan memukul tongkat nye lalu terpancutlah 12 mata air untuk tiap2 puak.

61. Kenangkan lah mereka meminta supaya dikeluarkan sayur, mentimun, bawang putih, kacang dal, dan bawang merah, lalu Nabi musa menjawab  adakah kamu menukar yang kurang baik dengan  neninggalkan yang lebih baik. Pergi lah kebandar untuk apa yang diminta. Dan mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan. Kerana kufur dan engkar ayat2Allah menderhaka, menceroboh, membunuh para nabi tanpa sebab yang benar.

62. Orang2 yang beriman kepada Allah hari ahirat beramal soleh mereka tiada kebimbangan dan tidak berdukacita.

63. Di Gunung Tursina taurat diturunkan agar diamalkan supaya bertaqwa.

64. Kemudian mereka membelakang kan nye tidak disempurnakan perjanjian itu.

65.  Akibat nye mereka yang melangar larangan pada hari sabtu lalu Allah jadikan mereka kera yang hina.

66. Apa2 Yang berlaku itu  adalah satu hukuman mencegah bagi orang2 dimasa itu dan yang kemudian untuk bertaqwa.

67. Ingat lah, Allah menyuruh sembelih seekor lembu betina tetapi mereka menganggap sebagai suatu permainan.

68. Dan minta pula diterangkan sifat2 lembu itu seditil2 nye. Diterangkan olih Nabi Musa sifat lembu itu sederhana tidak tua dan tidak muda.

69. Warna nya kuning tua. Yang suka  dilihat orang.

70. Mereka diminta terangkan sifat lembu selanjutnye.

71. Lembu yang tidak digunakan membajak dan mengangkut air, tiada cacat tidak belang.  Hampir mereka tidak menunaika perintah Allah.

72. Ingat lah ketika kes bunuh seorang manusia, masing2 tuduh nenuduh tentang pembunuhan itu.

73. Allah berfiman supaya memukul simati dengan anggota lembu itu maka orang itu hidup kembali.

S.

Demi untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Fakta rengkas:-

1. Enggan mengikuti perintah Allah dan sombong akan membawa kekafiran seperti iblis.
2. Syaitan memperdaya  dengan mempengaruhi Adam menyebabkan Adam melanggari perintah Allah lalu memakan buah larangan.
3. Allah mengajar Taubat  pada Adam. Setiap pelangaran perintah Allah hendaklah bertaubat.
4. Kitab2 dan alQuran diturunkan Allah untuk petunjuk manusia di dunia. Yang mendustakan AlQuran akan  kekal dalam neraka.  Quran mengesahkan kitab terdahulu. Allah memberi amaranJangan dicampur adukkan ayat2 yang diturunkan Nye yang benar dengan yang salah.
5. Arahan untuk mendirikan solat dan tunaikan zakat. Solat berjamaah. Minta pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Solat itu berat kecuali khusuk ingat akan hari bertemu Allah.
6. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.
7. Bani Israil diminta ingat dan kenangkan nikmat yang Allah berikan pada mereka yang sangat banyak tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur, mengenkari nye. Antaranye.
a. Dilebihkan dari bangsa sezaman
b. Diselamatkan dari kekejaman firaun. Laut dibelah.
c. Taurat diturunkan pada Nabi Musa srbagai petunjuk.
e. Hendak melihat Allah dengan mate sendiri mereka disambar petir.
f. Mendapat bekalan air di 12 kaum mereka.
g. Memperolihi makanan dan buahan yg bayak di dalam bandar serta mendapat keampunan.
h. Mereka membelakangi perjanjian dengan Allah.
i. Melanggar larangan ari sabtu mereka jadi kera.
J. Kes perintah sembelih lembu betina mereka banyak soal hingga nyaris2 tidak melakukan perintah Allah.
K. Ape2 yang berlaku itu adalah teladan dan hukum mencegah untuk orang dahulu dan teladan bagi orang sekarang  bertaqwa.

Was.

No comments:

Post a Comment