Thursday 22 March 2018

Albaqorah 4. Janji Setia Di Cabul.

Bismillahhirrohmanirrohim.

74.  Hati orang2 Yahudi sangat keras lebih keras dari batu. Ta takut kan Allah.

75. Tidak boleh  menaruh harapan kepada mereka ini.  Ade satu puak dari mereka  yang mendengar dan faham Taurat tetapi mereka telah mengubah dan memutarkan maksud sebenar nye, walaupun tahu perbuatan itu salah.

76. Mereka munafik. Bila berjumpa orang Islam mengaku beriman. Bila sesama sendiri mereka berdalih untuk tidak menyatakan yang benar tentang kebenaran Muhammad di taurat.

77. Allah Maha Tahu ape  yang zahir dan yang dirahsiakan mereka.

78. Sebahagian mereka buta hurup dan ta tahu tentang isi Taurat, olih itu mereka dibohong dan ditipu olih ketua2 mereka.

79. Celaka bagi mereka yang menulis kitab Taurat dengan tangan, lalu mengubah dan mereka2 bohong untuk keuntungan dunia kemudian mendakwa itu dari sisi Allah.

80. Mereka mengatakan mereka tidak disentuh api neraka, sedangkan Allah tidak berjanji begitu.

81. Apa yang dikata mereka tidaklah benar sesiapa yang berbuat jahat dan ia diliputi kesalahan itu, maka mereka Ahli Neraka.

82. Orang beriman dan beramal solih  mereka ahli syurga.

83. Janji setia Allah dengan  Bani Israil:-

1. Jangan kamu menyembah selain Allah.
2. Berbuat baik kedua ibu bapa. kaum kerabat, anak yatim, orang miskin.
3. Katakan kepada sesama manusia perkataan yang baik2.
4. Dirikan solat  dan berilah zakat.
Tetapi mereka berpaling dari janji setia ini. Dan tidak nenghiraukan nye.

84. Janji setia:-
5.Jangan menumpahkan darah sesama sendiri.
6. Usir mengusir sesama sendiri dari kampung masing2..

85. Kemudian mereka berbunuhan dan usir mengusir sesama sendiri, dan bantu membantu dengan orang lain. Mereka percaya sebahagia isi kitab taurat dan mengengkari sebahagian yang lain.Mereka dihina di dunia dan diahirat  diazab berat.

86. Mereka mengutamakan kehidupan dunia dan meninggalkan perintah Allah untuk kebahagian di ahirat. Mereka tidak diringan kan azab seksa ahirat dan tidak akan ditolong.

S.

Untuk ku memahami ayat2 Allah sahaja.

Rengkasan nota:-

1. Orang Yahudi sangat keras hati.
2. Mereka penipu dan membohongi  dan suka mengubah dan memutar belit ayat2 Allah.
3. Orang2 beriman dan  beramal soleh ahli syurga.
4. Janji2 setia Allah dengan Bani Israil.
5. Mereka mencabul janji setia dengan Allah. Berbunuhan dan mengusir sesama sendiri.

Was.

No comments:

Post a Comment