Wednesday 27 February 2013

Bantuan raayat berpendapatan terendah.(BRT)

     Allah telah mencipta manusia dengan lapisan- lapisan masyarakat untuk tujuan memewahan dunia. Dengan  adanya  kelumpukan lapisan sosial  ini ianya menjadi penting supaya mereka saling bantu membantu dan perlu memerlukan antara mereka. Ada kaya ada berpendapatan sederhana,  ada miskin ada sangat susah kehidupan nya. Ada pemimpin ada di pimpin ada sehat ada yang di timpa penyakit, berbagai lagi kelumpuk dan lapisan masyarakat di dunia ini dicipta Allah  dari berbagai bagai asas samaada asas ekonomi, sosial, politek pendidikan dan kesihatan. Semuanya untuk kemakmuran dan kepentingan masyarakat itu sendiri.
       Pelbagai  usaha dan kaedah untuk membantu masyarakat termiskin telah diadakan.Di malaysia, khas nya di Perak terdapat beberapa jabatan yang memainkan peranan utama untuk membantu gulungan termiskin ini iaitu Jabatan kebajikan Masyarakat.Majlis Agama Islam melalui progrem Baitulmal terlibat secara langsung membantu gulungan ini. Perak Amanjaya melalui Yayasan Bena Upaya (YBU), Jabatan Pertanian, Mara dll ajensi dan jabatan telah memainkan peranan mereka untuk mengurangkan miskin tegar ini.
     Terbaru adalah br1m.dimana semua laipisan masyrakat yang berpendapatan rm3000 akan mendapat bantuan rm 500. Gulungan bujang dan penuntut turut mendapat voucer rm250.pemberian sekali gus ini sesuatu yang akan menyukakan dan mengembirakan mereka   buat sementara tetapi bukan berterusan.
         Issu yang penting perlu dilihat dari pandangan exucative adalah pemberi bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan untuk jangka masa ditentukan. Garis kemiskinan luar bandar ditetapkan rm440 seisi keluarga mukin boleh ditambah kepada rm 550 diluar bandar dan di bandar besar rm 720 atau boleh ditambah kepada rm1000.Garis kemiskinan ini akan bergerak megikut keadaan dan inflasi negara, mengikut masa dan ketika dan ia bukan statik
         Issu mengenal pasti gulungan termiskin ini penting. Ia memerlukan siasatan terperinci menentukan taraf ekonomi sebenar keluarga tersebut dan memerluan jumlah pegawai penyisat terlatih dan mencukupi. Sasaran untuk gulungan layak sahaja akan mendapat faedah bantuan bulanan kerajaan , perlu disempadankan dan di teliti secara halus bukan sewenangan di berikan kepada semua walaupun tidak mencukupi syarat kelayakan. Dengan itu  adalah dicadangkan bahawa Jabatan Perangkaan Negara mejadi penting untuk pekara ini. 1.Semakan kadar bantuan kir negara.untuk menentukan  kadar bayaran minima kir semasa.
2 bancian menentukan senarai mereka yang layak menerima bantuan kerajaan seluruh negara.
     Saya simpulkan dalam keadaan semasa dan sementara ini, bantuan tunai sebanyak rm400 sebulan sangat berpatutan pada satu keluarga termiskin di luar bandar dan rm700 sebulan di bandar besar adalah berpatutan bagi menyambung keperluan hidup harian mereka.Bantuan ini sebagai tambahan kapada apa2 pendapatan yang mereka ada. Kadar ini boleh di nisbahkan secara  minima  jika kita ke kedai makan untuk sarapan pagi rm3 makan tengahari rm4 minum petang rm 3 dan makan malam rm 4.berjumlah rm14 sehari, untuk sebulan rm 420. Tidak termasuk lain lain keperluan yang akan mereka tanggung sendiri.
      Penambahbaikan untuk bantuan gulungan ini penting untuk kesejahteraan raayat dan kesetabilan negara dan mengelakan gulungan ini menjadi sasaran  dan ekplotasi orang2 tertentu.

No comments:

Post a Comment