Sunday 14 July 2013

50 tuntutan orang melayu

Orang2 melayu telah tertinggal jauh kebelakang dalam pelbagai bidang walaupun dilahirkan diatas buminya sendiri. Dikhabarkan akhir2 ini orang melayu telah menduduki tempat no 5 dalam sektor ekonomi berbanding kaum lain 1.Cina,2. India, 3.Mamak, 4.Benggali, olih itu orang2 melayu mesti menuntut hak ekonomi yang adil secara luar biasa seperti wasiat ekonomi raja-raja melayu yang ta dipatuhi sepenohnya. Harus tuntutan ekonomi ini di umumkan supaya mendapat pembelaan sewajarnya untuk disempurnakan sehinga tahun 2063 iatu 50th. dari sekarang jika negara ini perlu di sayangi. Tuntutan orang2 melayu itu adalah  :
Tuntutan Ekonomi Berkaitan Perniagaan dan Keusahwan.

1. Menujudkan Pusat Peniagaan Kecil di Kampong2, di Taman2, di Rpt2 sesuai dengan sais penduduk nya. Sekurang kurangnya 20 buah kedai, gerai bagi tiap kepadatan kediaman 100buah, dengan jualan harga kos atau sewa murah jika tanah kerajaan.
2. Semua tanah risab dalam bandar yang boleh di bagunkan, hendaklah didirikan kedai, gerai untuk orang2 melayu dengan sewa atau dijual dengan harga kos terendah.
3. Mengujudkan Pekan dan Bandar2 Melayu dengan melibatkan tempat2 baru dan kawasan baru untuk semua jenis perniagaan untuk dikumpulkan disitu.
4. Pembagunan pekan bandar dan kedai2 melayu ditempat2 stratiji dengan menekankan ciri2 kebersihan, keindahan, keselesaan dan kenyamanan sesuai kehendak semasa. Bukan di ceruk2 atau ditepi2 longkang.
5. Menyediakan pusat latihan peniagaan dan terus niaga kepada bumiputra.
6.Semua jenis perniagaan dan perhidmatan hendaklah di kembangkan sehingga 90% untuk  penyertaan bumiputra khusus dalam aktibiti kerajaan dan 50%melalui pesaingan bebas.
7.Perhotelan, rumah tumpangan dan yang seumpamanya hendaklah dibagunkan selaras dengan keperluan bandar dan pekan dan ditempat2 sesuai oleh bumiputra.
8. Semua peniaga dan pengusaha melayu hendaklah di satu dan digabungkan dalam kawasan yang sama dan di bangunkan supaya ujud bandar melayu yang maju dan dinamik.
9. Melahirkan 5 konglimongrat melayu di setiap negeri yang boleh di pertanggung jawabkan untuk membagunkan sektor ekonomi dan perniagaan orang2 melayu masa 50th akan datang.
10. Mana2 tanah pertanian yang di usaha secara haram. Melebihi 5ekar, yang lebihnya itu hendaklah dikeluarkan hakmilik kepada orang melayu.
11.  Sektor pekilangan asing dan bukan bumi yang pekerja nya melebihi 25 0rang,  sekurang2nya 30 peratus pekerja hendaklah terdiri dari bangsa melayu di semua peringkat tugas.
12. Tanah2 yang nak di tukar syarat kepada perniagaan atau industri, 20% keluasan tanah itu hendahlah di bagunkan untuk bumiputra dengan harga tidak lebih rm200k mengikut harga sekarang.
13.Segala hasil bumi, pasir, tanah, pokok, rumput, air, segala permit hendaklah di lulus kepada bumiputra  yang berwibawa sahaja atau kumpulan bersama ada antaranya yang berwibawa. Bukan atas nama sahaja.
14. Perbanyakan rumah kos rendah di pekan dan di bandar2 dengan dibagunkan bersama kedai dan gerai dengan harga  terendah untuk peniaga bumiputra.
15.Memberi lesen dan permit import barang2 peralatan2 di pasaran kepada orang melayu yang berkelayakan dengan sekatan tanpa dipindah milik kepada bangsa lain.
16. Semua kilang2 yang berkaitan makanan dibagian production dan prosesan hendaklah terdiri dari pegawai dan anggota bumiputra bagi mengelakan produk halal bercampur haram.
17. Semua perniagaan prancias hendaklah disertaai 75% bumiputra, mana mana prancias yang telah menjalan kan peniagaan nya, dimana  penyertaan bumiputra belum dipenohi hendaklah diberi keutamaan kepada bumiputra untuk pengembangan peniagaan itu selanjutnya, agar sasaran 75% tercapai dan kadar bayaran terendah dikenakan.
18. Kilang kilang papan untuk qota bumi perlu di tiap-tiap negeri dan daerah dan kawasan balak hendaklah diluluskan kepada pekilang2 ini sekurang2nya 1000hect setahun.
19. Kerajaan hendaklah menyenaraikan profesional melayu dan menggunakan khidmat mereka dalam urusan kerajaan 100%.sebagai contoh Juru Ukur,Arkitek, Konsultan ,Loyer, Akauntant dsb. Untuk mengelakan kroni, perhidmatan kerja dibuat  mengikut giliran.
20. Semua tanah kerajaan didalam bandar, ditepi jalan raya atau di tepi tasik atau sungai dan diatas bukit diluluskan  hanya kepada bumiputra dan dibagunkan oleh bumiputra sahaja.
21. Mengujud dan memperbanyakan pengedar barang2 dikalangan bumiputra.
22. Menyediakan kemudahan benkel kenderaan dikalangan pengusaha bumi dan menyedikan sistem franciase
23. Membanyakan penyertaan bumiputra dalam industri kecil dan sederhana.
24. Memperbanyakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan mengambil kira unjuran gradueted yang keluar lulus tiap2 tahun.
25. Bantuan kepada orang2 termiskin, orang tua dan pengidap penyakit ditambah, seorang antara rm400  hingga rm 500 seorang sebulan.
26. Semua pulau dan tanah pantai tidak boleh diluluskan kepada selain bumiputra.
27.Senarai peniaga  dan usahawan yang telah berjaya lebih 5th atau berdaya maju perlu di sediakan dan mereka perlu di beri keutamaan menjayakan agenda melayu niaga masa depan.
28. Satu jabatan  khas diadakan  disetiap  negeri untuk menyelia dan menyelaras  pembagunan peniagaan dan usahawan bumiputra bagi  sasaran 50 th akan datang tercapai.
29. 70 % Peruntukan tahunan br1m   akan diperuntukan ke jabatan ini untuk membagunkan dan menjana perniagaan orang2 melayu.
30. Orang2 kampung yang berkenderaan hendaklah diberi lesen membawa  penumpang kebandar dengan kenderaan sendiri.(perebit sapu) sekiranya tiada perhidmatan awam untuk kebandar2 bagi kampong2 terpencil dan pendalaman.
31. Mewajibkan 30 % ruang niaga di pasaraya2 kepada peniaga bumiputra dengar kadar sewa yang rendah.
32. Supaya disediakan peruntukan untuk pengambilan balik tanah2 stratiji di bandar2 dan di tepi2 jln raya,  ditepi sungai,  dan laut untuk pembagunan perniagaan kedai dan housing estate kepada bumi putra. Peruntukan tahunan dari kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu disediakan sekurangnya 50juta dari Kerajaan Persekutuan dan 20juta dari Kerajaan Negeri bagi membolehkan tiap2 daerah merancang pembagunan itu.
33.Sesuai dengan perubahan akedemik orang melayu maka sistem perhidmatan awam juga perlukan pembaharuan, semua jawatan yang melibatkan tugas2 memerlukan keputusa serta merta dan  mempunyai peraturan2 yang tetap,  di ubah kepada n27 Diploma supaya tanggung jawab melulus sendiri secara  khusus. Dengan itu segala keputusan dapat disegerakan. Mempercepatkan proses keputusan dan penyampaian kerajaan dan boleh membanyakan peluang kerja kepada orang2 melayu.
34.Agar kerajaan menubuhkan satu kementerian khas pembagunan usahawan dan jabatan2 untuk pembagunan peniagaan dan perusahaan bumiputra untuk  menyelaras semua kegiatan peniagaan, perdagangan dan pembagunan sosial ekonomi orang2 melayu.
35.  Agar kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membagunkan projek-projek perniagaan dan keusahawanan orang2 melayu.
36. Agar tuntuan ini tidak memberi erti bahawa mana2 usaha kerajaan melalui agensi pembagunan usahawan bumiputra  yang telah dan sedang diusahakan seperti FAMA,MARA, RISDA,UDA dan lain2 ajensi pembagunan bumiputra baik untuk peringkat keci2an maupun di peringkat globle tidak tergendala dan hendaklah diteruskan .
37. Agar disemak sistem pelajaran sedia ada sekarang supaya subjek perniagaan dan usahawan dijadikan mata pelajaran wajib dari peringkat sekolah rendah sehingga ke Pusat Pengajian Tinggi agar mereka berminat dalam perniagaan dan  boleh berdikari apakala keluar nanti
38. Mereka yang berminat dan berdaya maju  dalam perniagaan dan perusahaan mereka boleh mendapat peluang  tiga kali kemudahan yang disediakan,  selanjutnya mereka bolehlah bersaing mengikut pasaran sendiri.
39. Pinjaman keuangan dari bank2 untuk bantuan modal untuk pembesaran perniagaan yang berdaya maju  hendaklah disediakan dengan  kadar faedah yang munasabah pada setiap permohunan bumiputra tanpa berlengah.
40. Pusat maklumat perniagaan dan peluang niaga hendaklah di sediakan dan di sebar luas untuk membolehkan orang2 melayu mengambil bahagian dan peluang yang ada.
41. Menyediakan pusat latihan di tiap2 negeri untuk membimbing peniaga dan usahawan bumiputra  untuk bersaing dalam bidang ini.
42.  Bagi menanam minat orang orang melayu yang ingin mencebur diri dalam perniagaan diperbanyakan tempat perniagaan ala pekan sehari dilorong2  dan tepi jalan yang sesuai setiap hari. tanpa apa bayaran.
43.  Mereka yang telah terlibat dalam perniagaan melebihi 3 tahun dan berpotensi berkembang hendaklah diberi  bimbingan dan keutamaan untuk terus maju.
44. Mana mana kontrektor yang mempunyai peralatan , anggota pekerja, pejabat dan modal dan pengelaman melaksanakan sediri projek2 hendaklah dikelaskan sebagai kontrektor berkelayakan. Mereka hendaklah  di beri peluang untuk maju dan meningkatkan kelas dan diberi tangung jawab untuk memajukan projek2 ekonomi dan pasarana negara, mana2 kontrektor comision atas angin supaya bergabung dengan kontrektor tulin agar mereka mendapat faedah bersama.
45. Supaya kerajaan menentukan bahawa  syarikat2  kerajaan memainkan peranan memajukan sektor pembagunan perniagaan dan keusahawan melayu secara khusus.
46. Agar semua mini market bumiputra dapat diselaras untuk dinaik taraf menjadi supermarket atau hipermarket.
47. Agar semua famasi bumiputra dapat  diselaras dan dimajukan keperingkat yang lebih berdaya saing.
48. Agar sektor pertanian dimajukan sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan.
49. Agar sektor pembenaan akan dimain peranan oleh  pemaju pemaju bumiputra.
50. Agar semua sektor peruncitan dan sektor peniagaan makanan di dominan oleh bumiputra.

Maka dengan ini diserahkan 50 tuntutan  orang2 melayu  bumiputra itu untuk diangkat martabatnya agar ianya terlibat sama dalam pembagunan perniagaan dan keusahawan di negaranya sendiri dan untuk  di hebatkan. Agar ianya mendapat pembelaan pemimpin2 dan pehak kerajaan dan syarikat bumiputra yang berjaya, untuk melihat bangsa nya lebih berjaya  pada masa akan datang.


was.












No comments:

Post a Comment