Monday 15 July 2013

Surah al Mukminun part 1

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini  hanya utk memahami ayat2 wahyu sahaja.


Surah ini menceritakan orang2 beriman yang berjaya. Dan. Menceritakan kekuasaan Allah.

1.  Orang2 beriman dan yang berjaya disisi Allah adalah mereka beramal dibawah ini.

    a. Mereka  mengerjakan  yang disuruh dan menjauhi yang dilarang.

     b. Mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

     c. Mereka yang menjauhi diri dari perbuatan
dan perkataan  yang sia2

     d. Mereka yang membersih harta dengan menunaikan     zakat.

     e. Mereka yang menjaga kehurmatan kecuali pada isteri dan hamba sahaya, mereka tidak tercela.

     f. Mereka yang menjaga amanah dan janji.

     g. Mereka yang memelihara sembahyang.

      h. Mereka  memakan benda2 yang baik dan mengerjakan amal soleh.

      i. Mereka yang bimbang dan takut kepada kemurkaan  Tuhan.

      j. Orang2 yang beriman kepada ayat2 Allah
.
      k. Orang yang tidak menyengutukan Tuhan.

      l. Orang yang gerun gementar akan amal mereka tidak diterima tuhan bila kembali nanti.

     m. Orang2 yang segera mengerjakan kebaikan..

Mereka ini adalah orang yang layak mewarisi syurga firdausi.

No comments:

Post a Comment