Wednesday 24 July 2013

Tip-tip kehidupan. Part 1.


1. Bersungguh.
Jika anda telah memilih atau memutuskan untuk membuat apa-apa sesuatu, samada kecil atau besar, buatlah bersungguh2 jangan ragu2. Bersungguh2 itu adalah amalan yang diterima olih lumrah kepada ketetapan untuk keberhasilan dan kejayaan.

2. Meminjam wang.                                             Sahabat2, kenalan rapat atau pun saudara mara yang ingin memimjam wang dari kamu, hendaklah jangan kamu beri. Sesungguhnya ia akan memutuskan persaudaraan dan persahabatan. Yang patut kamu lakukan ialah memberi bantuan atau sumbangan yang iklas dari kamu sebanyak yang kamu mampu  dan  terdaya, bukan memberi pinjam atau berhutang.

3. Tidor.
  Jika anda hendak tidur jangan baring menelentang, yak ni dada dan mata menadah langit, tidak juga menirap. Sebaik2 nya anda baring dan tidur mengiring kekanan, tangan  dibawah kepala, siku menajam dan lutut berlipat membentuk huruf jawi.
Kepala membentuk hutuf 'min'. Siku membentuk huruf 'ha'. Pinggul membentuk huruf 'mim'. Tapak kaki  membentuk huruf 'da' Membentuk tulis 'Muhammad'. Tidur seperti ini, tidur rahmat tidak diganggu,sebab asal kita dicipta dari Nor Muhammad di alam lahud.

4. Barang hilang.
   Jika anda dapati barang2, kepunyaan anda selalu hilang, tertinggal atau selalu terlupa tempat letaknya. Itu kerana anda merasakan barang2 itu tidak berharga. Untuk mengelakan pekara seumpama itu terjadi adalah dinasihatkan membeli barang2,  berharga mahal berjenama dan berqualiti. Bila barang itu mahal anda menyayangi nya dan bertanggung jawab melindungi nya setiap masa. Cho. Pen anda selalu tertinggal atau di pinjam tetapi lupa pula mengambilnya balik, jika anda membeli pen yang harga rm 1000.mungkin anda ta memberi orang pinjam atau kalau beripun cepat2 minta balik, anda akan sentiasa mengingati nya kerana ia barang berharga dsb. selamatlah pen anda. Begitu jua cermin mata,jam tangan, hand set dsb, harga yang mahal dan canggih. Pasti anda sentiasa memegang dan memakai nya dan mengingatinya selalu, tetapi awas barang yang mahal tu orang lain juga pun suka mengintainya.

5. Nasihat.
  Jika anda ingin menasihati orang atau kawan2 tolong tengok air muka nya jika berubah carilah dikesempatan lain atau lupakan sahaja, nanti naas pula jadinya.

6. Menderma.
   Kalau anda ingin menderma mendermalah satu jumlah wang yang anda akan ada terasa sesuatu, nilai sayang yang dikurbankan. Cho. Anda seorang usahawan berjaya, menderma 10sen dalam tabung pembenaan masjid tentulah ta ada rasa apa2 pada nya..tetapi seorang kerani menderma untuk anak yatim rm10. Ia Terasa ada nilai disitu.Iklas itu pahalanya.

No comments:

Post a Comment