Sunday 7 July 2013

Surah Al Furqan "Hamba2 Yang Di Redhoi"

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini sekadar memahami wahyu llahi sahaja.

Surah ini menceritakan bahawa alQuran ini diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad untuk peringatan dan amaran kepada penduduk alam.
Bagi mereka yang mematuhi al Quran dan bersabar dengan ujian hidup mereka di jamin masuk syurga. Sebahagian dari kandungan surah ini adalah mengenai :
        Hamba2 yang diredhoi Allah, surah ini menyebutkan seperti rengkasan dibawah:

1. Mereka yang berjalan dimuka bumi dengan sopan santun.
2. Orang2 berlaku kurang adap dengan kata2, dijawab dengan perkataan selamat dari pekara2 yang tidak diingini.
3. Mereka yang tekun mengerjakan ibadat pada malam hari dengan bersujud dan berdiri.
4. Mereka yang membelanjakan harta tidak melpaui batas dan tidak pula bahil tetapi sederhana.
5.Tidak pula meyembah sesuatu yang lain bersama2 Allah.
6. Tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang diizin Allah.
7. Tidak melakuan zina.
8. Mereka yang berdoa minta di sisihkan dari azab neraka Jahanam.
9. Mereka yang tidak menghadiri tempat2 melakukan pekara2 yang dilarang dan bila bertembung dengan sesuatu yang sia2 mereka membersihkan diri dari nya.
10. Mereka yang apabila di beri peringatan dengan ayat2 mereka mendengarinya.
11. Orang2  yang berdoa " Ya Allah!  Beri lah kami isteri2 dan zuriat yang menyukai hati melihat nya dan menjadi imam ikutan".
13. Mereka yang berbuat dosa dan mereka bertaubat dan beriman serta mengerjakan amalan yang baik, Allah maha pengampun lagi mengasihi.
¤. Mereka kekal dalam syurga kerana Allah  menghargai sesaorang kerana doa dan ibadatnya. Wasalam.

Allah hummaajirna minannar.

No comments:

Post a Comment