Wednesday 25 April 2018

Yaa Sinn 5. Kun Payakun.

Bismillahhirrahmanirrohim.

Catatan ku untuk memahami wahyu Ilahi.

66. Dan jika  Kami kehendaki penglihatan mereka dihapuskan, sehingga mereka tidak dapat melihat jalan.

67. Jika Kami kehendaki,  Kami mengubah bentuk fizikal mereka menjadi beku kaku disitu, tidak bergerak kedepan dan belakang.

68. Jika dipanjangkan umur, maka dikembalikan menjadi serba lemah.

69. Nabi Muhammad itu bukan penyair tetapi  dia menyampaikan wahi, nasihat dan pengajaran dari kitab suci,  memberi penerangan.

70. Supaya memberi penerangan kepada orang yang hidup hatinye, dan ketetapan azab kepada yang kafir.

71. Allah telah mencipta binatang ternak yang mereka boleh mileki.

72.  Dengan kuasa Allah, binatang itu boleh dijinakkan, boleh jadi kenderaan dan boleh juga dimakan.

73. Boleh berolih minuman darinye.

74. Mereka tergamak menyembah selain dari Allah.

75. Benda2 itu tidak dapat menolong mereka, malah benda2 itu akan mengazab seksa mereka dihari kiamat.

76.  Wahai Muhammad jangan lah berdukacita atas tuduhan2 mereka. Allah maha mengetahui setiap sesuatu.

77. Ketahui lah bahawa Allah lah yang mencipta manusia dari setitis ayer benih, setelah siap sempurna kejadian mereka dan kuat, mereka menjadi pembantah,  kekuasaan Allah menghidup semula orang2 yang mati.

78. Mereka bertanye, siapa yang dapat menghidupkan  tulang2 yang hancur berdebu, orang yang telah mati.

79. Tulang2 yang  hancur itu akan dihidupkan oleh Allah, seperti awal mula ujud nye.

80. Allah telah menjadikan api dari pohon2 hijau basah, untuk kegunaan kamu yang selalu kamu nyalakan.

81. Akui dan percayalah bahawa Allah telah mencipta langit  dan bumi yang demikian besarnye. Berkuasa mencipta manusia semula seperti dahulu. Dialah pencipta yang tiada bandingan Nye. Lagi Maha Mengetahui.

82. Sesungguhnye kekuasaan Nye, bila Dia menghendaki sesuatu, Dia berfirman; "Jadilah engkau," maka terus menjadi."

83. Olih itu akui lah Kesucian Allah, (dengan mengucap Subhanallah). Allah yang memiliki dan menguasai tiap2 sesuatu, dan kepada Nye lah, kamu semua akan dikembalikan.

S.

Nota pendik.

1. Allah berkuasa menghapuskan penglihatan dan meminda bentuk fizikal.
2. Panjang umur akan kembali jadi asal.(macam kanak2)
3. Nabi Muhammad bukan penyair tetapi penyampai wahi.
4. Allah mencipta binatang ternak  untuk guna; makan, minum dan kenderaan.
5. Mereka tergamak menyembah selain Allah sedang benda2  ini akan mengazab  mereka dihari kiamat.
6. Allah lah pencipta manusia, dari setitis benih mereka jadi kuat, kemudian membantah, kemudian dimatikan , dan dihidup semula.
7. Tulang yang hancur berdebu akan dihidupkan kembali olih Allah.
8. Allah menjadikan api dari pohon hijau.
9. Allah pencipta langit dan bumi.
10. Memadai dengan Allah berkata kun payakun maka terjadi lah.
11. Ucapkan subhanallah.

Was.

No comments:

Post a Comment