Friday 20 April 2018

Albaqorah 12 C. Kahwin, Cerai, Rujuk, Edah, Cinabuta.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah.

Bismillahhirrohmanirrohim sahaja.

221. Janganlah kamu kahwini  perempuan atau lelaki kafir musyrik, sebelum mereka beriman. (memeluk Islam). Walaupun mereka menarik hati kamu. Kerana orang2 kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga .

222. Darah khid itu menjijikkan dan mendatangkan mudhorat. Olih itu hendaklah kamu jauhi (tidak disetubuhi) perempuan masa khid itu sehingga mereka suci. Bila sudah suci datanglah kepada mereka seperti diperentahkan. Allah suka orang2 yang bertaubat dan mensuci diri.

223. Isteri2 kamu sebagai kebun tanaman kamu, datangi lah ikut mane2 yang kamu suka. Bertaqwalah kepada Allah  sesungguhnye kita akan menemui Nye di Ahirat nanti.

224. Jangan lah bersumpah dengan name Allah sebagai benting(menghalang) untuk berbuat baik dan bertaqwa serta untuk mendamaikan perbalahan antara manusia.

225. Sumpah dengan niat bersumpah itu yang salah, sumpah yang tidak dimaksudkan tidak dikira bersumpah.

226. Bersumpah untuk tidak mencampuri isteri, bertempuh 4 bulan setelah itu  bolehlah kembali dicampuri semula.

227. ..Atau  boleh juga dijatuhkan talak untuk bercerai.

228. Isteri yang dicerai eddah nye 3 kali suci khid,  tidak halal menyembunyikan kandungan nye, jika mereka beriman. Suami2 mereka berhak untuk rujuk sebelum lepas eddah, jika ingin berdamai. Isteri juga mempunyai hak yang same yang ditanggungnye. Namun  suami itu mempunyai satu darjat lebih tinggi atas orang perempuan.

229. Talaq boleh dirujuk 2 kali. Sesudah itu  boleh dirujuk atau dilepaskan. Tidak halal bagi kamu mengambil balik barang2 ape yang diberi kecuali tidak dapat menegakan aturan hukum2 Allah, tidak berdosa untuk tebus talaq. Jangan dilanggari hukum dan ketentuan Allah, mereka itulah orang2 yang zalim.

230. Cerai kali ketiga,  perempuan itu tidak halal lagi bagi kamu, kecuali dea berkahwin lain, selepas eddah nye boleh lah menikahi semula dengan janda nye (cina buta).

231. Isteri yang dicerai hampir abih eddah boleh lah rujuk, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Jangan rujuk mereka untuk memberi mudharat. Untuk menzalimi mereka. Jangan lah menginaya diri sendiri dan janganlah jadikan hukum2 Allah sebagai ejekan. Alquran diturun kan untuk pengajaran dan bertaqwalah.

232. Jika mereka bersetuju untuk menikah semula, jangan lah dihalangi mereka berkahwin atas persetujuan antara mereka. Allah mengetahui ape yang baik bagi kamu.

233. Ibu menyusukan anak nye 2 tahun genap. Bapa berkewajipan memberi makan dan pakai yang sepatutnye mengikut kemampuan nye. Jangan lah ibu bersusah hati kerana anak nye, kerana warisnye juga berkewajipan. Jika suami isteri bersetuju untuk hentikan penyusuan tidak lah bersalah. Jika hendak disusukan pada orang lain hendaklah di beri upah yang patut. Allah maha melihat .

S.

Nota pendik.

1. Jangan kahwini lelaki dan wanita kafir musyrik.
2. Darah khid kotor jangan setubuhi isteri.
3. Isteri kamu macam kebun kamu.
4. Sumpahan menghalang berbuat baik dilarang.
5. Sumpahan dengan niat dikira  salah.
6. Sumpah tidak mencampuri isteri bereddah 4 bulan.
7. Isteri dicerai beredah 3 kali suci khid.
8. Talaq yang boleh dirujuk 2 kali.
9. Barang yang diberi pada isteri dicerai tidak halal diambil balik.
10. Cerai kali ketiga ta boleh dirujuk.  Nak nikah semula kena cina buta.
11. Isteri yang dicerai, yang ingin kahwin semula atas persetujuan mereka, jangan lah dihalang.
12. Had menyusu anak 2 tahun genap. Boleh di berhentikan menyusu atas persetujuan ibu bapa.
13. Boleh diberi menyusu pada orang lain dengan bayaran upah.
14. Waris bertanggung jawab juga atas kesusahan dihadapi mereka..

Was.

No comments:

Post a Comment