Tuesday 24 April 2018

Yaa Sinn 4. Pekikan Sangkakala. Mati, Hidup, Bicara, Hukuman. Syurga, Neraka.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ku untuk memahami wahyu.

45. Apabila dikatakan pada mereka berjaga2 lah, (dihadapan) akan kehidupan dunia ini. dan (dibelakang) huru hara dihari pembalasan, hari Ahirat mereka tidak mengindahkan.

46. Semua keterangan dari Allah, tidak sampai kepada mereka.  Mereka berpaling enggan menerima.

47. Bila disuruh berderma dari rezeki kurniaan Allah, mereka mengejek orang2 beriman,  dengan mengatakan, biar Allah yang memberi makan.

48. Bila di ingatkan tentang (kiamat), huru hara hari pembalasan, mereka menyoal pulak, bila datangnye hari dijanjikan itu.

49. Katakan, mereka tidak menunggu melainkan dengan satu pekikan yang mengejut,  semua binasa sedang mereka dalam leka, bertengkar hal masing2.

50. Mereka ta sempat berwasiat dan kembali kepada keluarga.

51. Kemudian ditiup sangkakala,  semua yang  mati bangkit dari kubur mengadap Tuhannye.

52. Orang2 yang tidak percaya dihidupkan semula, menyesal tetapi itu lah janji yang benar dari Allah, melalui Rasul2 Nye.

53. Dengan satu pekikan sahaja, mereka dihimpun dan dibicara, untuk menerima balasan.

54. Tidak seorang pun di inaya  melainkan menurut amalan masing2.

55. Penduduk syurga leka meniknati dengan kesenagan.

56. Mereka dengan pasangan bersukaria ditempat teduh diatas pelamin.

57. Berolih bermacam buah2an dan dapat ape sahaja yang mereka kehendaki.

58. Mereka berolih ucapan salam sejahtera,   dari Allah Yang Maha Pengasih.

59. Sebalik nye dikatakan kepada orang2 kafir, berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang2 yang berdosa.

60. Allah telah memerentah kan anak Adam, supaya tidak menyembah syaitan. Dia musuh yang nyata.

61. Dan Aku perintahkan; " hendahlah menyembah Aku, ini lah jalan yang lurus."

62. Sesungguh nye, syaitan itu, telah menyesatkan gulungan yang ramai, diantara kamu. berfikir dan insaflah.

63. Yang disaksikan sekarang Neraka Jahanam,  yang  kamu selalu diancam untuk memasuki nye.

64. Rasalah kamu bakaran nye pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur, yang telah kamu kakukan.

65. Pada waktu itu mulut dimeteri. Kaki tangan mereka, diberi peluang menjadi saksi. Tentang ape yang mereka usahakan..

S.

Nota pendik.

1. Ingatan hari pembalasan tidak diindahkan mereka.
2. Keterangan Allah enggan di terima.
3. Tidak mahu menderma dan mengejek2 pula.
4. Di ingatkan hari kiamat mereka menyoal pulak.
5. Dengan satu pekikan semua mati.
6. Ditiup sangkala kedua semua hidup semula.
7. Semua mahlok dihimpunkan, untuk balasan. Mengikut usaha masing2
8. Di syurga mereka menikmati kesenangan dan bersukaria.
9. Orang kufur ke neraka, merasai azab bakarannye.
10. Anak cucu Adam diminta menyembah Allah.
11. Syaitan menyesatkan ramai nanusia.
12. Mulut ditutup, anggota memberi kesaksian di mahkamah Allah.

Was.

No comments:

Post a Comment