Thursday 19 April 2018

AlBaqorah 12 B. Masuk Syurga Di uji Dulu.

*Catatan untuk memahami ayat2 Allah Sahaja.

Bismillahirrohmanirrohim.

214. Untuk Masuk syurga Allah akan menguji dengan berbagai ujian seperti orang2 terdahulu. Mereka di timpa kepapaan, diserang penyakit, digoncang olih serangan musuh ,sehingga mereka mengharapkan pertolongan Allah dengan sabar dan dan berpegang teguh  Agama Nye.

215. Berbelanjalah harta benda yang halal itu untuk diberi kepada:- Ibu bapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Apa sahaja kebaikan yang  dibuat, akan dibalas Allah sebaik2 nye.

216. Diwajibkan berperang menentang penceroboh walaupun dia dibenci tetapi baik untuk kamu.  Boleh jadi yang kamu sukai buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui segala2 nye.

217. Berperang pada bulan yang dihurmati itu dosa besar, tetapi perbuatan menghalang orang Islam kejalan Allah, dan perbuatan kufur kepada Nya, dan perbuatan menyekat orang ke Masjidil Haram, serta mengusir penduduk disitu adalah lebih besar dosanye disisi Allah.
Angkara fitnah itu lebih besar dari pembunuhan dimasa perang, orang kafir itu memerangi kamu agar memalingkan kamu dari agama kamu.

218. Orang2 yang beriman dan berhijrah berjuang ke jalan Allah,  mereka itu lah mendapat rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani.

219. Arak dan judi itu haram, kedua2 nye dosa besar, menafaat nye kecil dibanding kan dosa besarnye.

Mengenai apa yang dibelanjakan?.
Derma lah, ape2 yang lebih dari keperluan kamu.

220. Mengurus dan memperbaiki anak yatim itu sangat baik, dan dibenarkan bercampur gaul dengan mereka, kerana mereka juga saudara seagama. Allah mengetahui orang2 yang merosak dan orang yang membaiki.

S.

Nota pendik.

1. Untuk masuk syurga mesti diuji.
2. Berbelanja harta yang halal kepada   yang ditetapkan.
3. Diwajibkan berperang menentang penceroboh.
4. Berperang dalam bulan yang dihurmat berdosa besar ,tetapi menghalang orang kejalan Allah lebih besar dosa nye.
5. Arak dan judi itu haram.
6. Berbelanja itu ape yang lebih dari keperluan.
7. Mengurus dan memperbaiki anak yatim sangat baik.

Was.

No comments:

Post a Comment