Sunday 22 April 2018

Yaa sinn 1. Quran Untuk Yang Takut Pada Allah Dan Azab Nye Sahaja.


Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan untuk faham sahaja.

1. Yaa sinn.

2. Demi  AlQuran yang mengandungi hikmat2 dan kebenaran yang tetap kukuh.

3. Sesungguh nye Muhamad itu Nabi yang diutus Allah.

4. Yang tetap diatas jalan yang lurus.

5. AlQuran ini diturun kan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.

6. Untuk  peringatan dan amaran kepada yang lupa dan lalai.

7. Telah tetap lah hukuman seksa kepada mereka yang tidak mahu beriman.

8. Allah jadikan  belenggu yang memberkas tangan mereka, ke batang leher mereka sampai dagu mereka, lalu menjadilah mereka terdongak.

9. Dan Allah jadikan sekatan dihadapan dan sekatan di belakang  mereka, dan ditutup pandangan mereka, maka mereka tidak dapat melihat.

10. Kalau pun diberi  atau tidak diberi amaran  mereka tidak akan beriman.

11. Peringatan dan amaran hanya kepada orang yang menurut serta takut kepada Allah, semasa melihat atau tidak melihat azab Allah.

12. Allah menghidupkan yang mati dan menulis segala amalan  mereka semasa hidup, tiap2 satu dalam ibu kitab tanpa tinggal.

S.

Nota pendik.

1. Al Quran yang benar lagi berhikmat,  diturun kan Allah melalui Nabi Muhammad,  untuk peringatan dan amaran, yang lupa dan lalai.

2. Hukum seksa kepada yang ta mahu beriman.

3. Orang ta beriman Allah telah belenggu semua panca indera mereka . Mereka tidak akan beriman.

4.Peringatan dan amaran hanye kepada orang2 yang takut pada Allah dan azab Allah sahaja.

5. Allah menulis segala perbuatan dan amalan tiap2 manusia semasa hidup tanpa tinggal dalam Ibu Kitab

Was.

No comments:

Post a Comment