Saturday 14 April 2018

Al Baqorah 15. Tatacara Berbelanja .Jangan Ungkit2.

Bismillahhirrohmanirrohim.

261. Bandingan orang yang  berbelanja kejalan Allah, same lah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai,  tiap2 tangkai itu ade 100 biji, Allah melipatgandakan pahala, kepada sesiapa yang dikehendakiNye.

262. Orang yang belanjakan harta nye kejalan Allah, tetapi tidak mengiringi nye  dengan mengunkit, menyinggung dan menyakiti hati penerima nye, mereka mendapat pahala dari Allah.

263. Menolak pemintaan sadakah dengan cara yang baik dan memaafkan adelah lebih baik dari sadakah yang diiringi dengan perbuatan dan perkataan yang menyakitkan hati.

264. Rosak pahala sedakah dengan ; 
* mengunkit2,menyakitkan hati penerima. *Belanja dengan menunjuk2, riak.
*Dan tidak beriman kepada Allah dan hari ahirat. Mereka Itu umpama batu licin bertanah bila ditimpa ujan lebat, licin ta bertanah lagi. Orang kafir tidak mendapat satu pahala pun, apa yang diusahakan mereka.

265. Orang yang berbelanja untuk teguhkan iman adalah seperti  kebun ditempat tinggi dengan hujan yang lebat atau renyai pun memadai untuk keluarkan hasil 2 kali ganda.

266. Sukakah kalau sesaorang kamu mempunyai kebun yang berbagai buahan lalu ditiup  angin dengan api hingga terbakar...itulah penjelasan dan keteangan Allah .

267. Belanjalah harta  dan hasil usaha kamu yang baik2 diberi Allah, jangan pilih yang buruk2 untuk derma atau  zakat . Padahal kamu sendiri pun enggan menerimanye.

268. Syaitan itu menjanjikan kemiskinan dan kepapaan jika bersedakah atau menderma. Dea menyuruh berbuat keji, bahil dan kedekut Allah menjanjikan keampunan. Allah  Maha Luas limpah Rahmat Nye.

269. Allah memberi hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikendaki nye dan mereka Memperolihi kebaikan.

270. Apa sahaja dibelanjakan atau dinazarkan, semua nye diketahui Allah.

271. Sadakah secara terang2 adalah baik sebagai contuh kepada yang lain. kalau di beri sembunyi2 pada fakir miskin juga baik bagi kamu. Allah akan hapuskan sebahagian kesalahan2 kamu.

272  Allah lah yang memberi petunjuk  kepada orang kafir dan sesiapa yang Dia kehendaki untuk beriman.  Ape jua harta yang halal dibelanjakan  kejalan Allah akan mendapat balasan, yang tidak dikurangkan.

273. Pemberian sadakah itu kepada: *orang2 miskin yang berjuang dijalan Allah. *Orang  yang ta berupaya mengembara berniaga dimuka bumi. * Orang miskin yang menahan diri, dari meminta2 pada orang ramai.

274. Orang yang belanja harta nye, secara terang atau sulit pada waktu malam ataupun siang,  mereka berolih pahala disisi Allah.

275. Dilarang memakan riba . Riba ta sama dengan jual beli. Riba diharamkan jualbeli dihalalkan.  Mereka hendaklah berhenti makan riba.  Sesiapa yang mengulangi nya,  mereka itu Ahli Neraka.

276. Allah susutkan kebaikan harta dari makan riba. Dan mengembangkan harta dari zakat dan sadakah. Allah tidak suka kepada kekufuran dan kekal terus membuat dosa.

277. Orang beriman bersolat dan berzakat  mereka berolih pahala tidak ade ke bimbangan dan berdukacita .

278. Orang beriman diarah untuk tinggalkan saki baki riba yang masih ada.

279. Kalau tidak di berhentikan riba akan ade peperangan dari Allah dan Rasul yang kamu tidak selamat. Hedaklah kamu bertaubat supaya tidak berlaku zalim dan menzalim kepada sesiapa.

280. Orang berhutang dalam kesempitan berilah tempoh hingga dia lapang. Kalau kamu sedakahkan. itu lebih baik.

281.Peliharalah diri mu dari huruhara hari kiamat yang menemui Allah, untuk menerima balasan tiap2 seorang menurut yang diusahakan.

282. Orang yang berurusan dengan hutang hendaklah membuat catatan  hutang. nyatakan  tempoh dengan jelas dan terang. Orang yang menulis nye hendaklah dengan betul dan taqwa. Jika orang berhutang itu bodoh atau lemah  hendaklah direncana olih wali2 nye dengan dua orang saksi lelaki, atau 1 lelaki 2 perempuan supaya dapat diingatkan. Jangan lah jemu menulis utang dengan tempuhnye.  Kecuali perniagaan tunai. Jurutulis dan saksi jangan lah disusahkan ( diberi upah.) Kalau dilakukan yang dilarang itu perbuatan itu adalah fasik.

283. Jika dalam musafir  berhutang, dan  tidak terdapat juru tulis hendaklah diadakan gadaian untuk dipegang. Tetapi jika dea percaya begitu sahaja yang berhutang itu hendaklah membayar nye dengan amanah  dan bertaqwa kepada Allah. Yang menjadi saksi janganlah sembunyikan kesaksian nye. Perbuatan itu berdosa.

284. Segala yang ade di langit dan dibumi adalah kepunyaan Allah. Ape yang dilahir dan disembunyikan akan dihitung. kemudian Dea mengampun dan menyeksa sesiapa yang Dea kehendaki.

285. Rosul dan orang beriman semua nye beriman kepada Allah. Malaikat Nye. Kitab2 Nye dan RosulNye. Tidak membezakan Rasul2Nye dan berkata "kami dengar dan kami taat."

286. Allah tidak memberati sesaorang kecuali ape yang terdaya olih nye. Dia menanggung pahala dan fosa yang diusahakan nye. Mereka berdoa.;
"Wahai Rabbi kami, jangan mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Rabbi kami janganlah bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang2 yang terdahulu dari kami. Wahai Rabbi kami janganlah pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnye dan maafkanlah kesalahan kami serta ampuni lah dosa2 kami dan berilah Rahmat kepada kami engkaulah penolong kami, olih itu tolonglah kami mencapai jemenagan terhadap kaum2 yang Kapir.

Aaminn.
Was.

Nota rengkas:-

1. Berbelanja ke jalan Allah akan di lipat gandakan pahala nye.

2. Berbelanja kejalan Allah dilarang mengunkit menyakiti hati penerima. Riak  dan tidak beriman kepada Allah. Tidak mendapat pahala.

3. Menolak peminta sadakah dengan baik dan memaafkan mereka lebih baik dari bersadakah yang diiringi menyakiti hati.

4. Bersadakah lah kepada orang miskin.

5. Jangan makan riba.

6. Solat dan zakat mendapat pahala.

7. Tatacara Orang2 berhutang.

8. Syarat orang2 beriman.

9. Allah tidak memberati sesaorang kecuali yang terdaya nye sahaja.

10.Doa.

Was.

No comments:

Post a Comment