Sunday 8 April 2018

AlBaqorah 10. Perintah Puasa Dan Wasiat Harta.

Bismillahhirrohmanirrohim.

178. Orang2 yang beriman wajib  untuk melaksanakan hukum kisas( balasan yang seimbang). Jika mendapat pengampun, bayar gantirugi nyawa.  Sesudah itu sesiapa yang membalas dendam, mereka adalah telah melampau batas, mereka akan di azab seksa..

179. Iaitu ade jaminan hidup.

180. Sesiapa yang hampir mati jika berharta hendaklah berwasiat untuk ibu bape dan kaum kerabat.

181. Sesiapa yang mendengar kemudian mengubah wasiat  dea menanggung dosanye.

182. Tetapi sesiapa yang tahu akan wasiat itu  tidak adil dan membetulkan nye tidak lah ia berdosa.

183. Allah mewajibkan berpuasa seperti orang dahulu supaya bertaqwa.

184. Berpuasa itu pada hari2 tertentu, tetapi jika sakit atau bermusafir bolehlah berbuka. Mereka yang ta berdaya hendaklah di qadho banyak mana yang ditinggalkan. Dan yang tidak berdaya pula boleh kah dibayar fidyah memberi makan orang2 miskin.Tetapi puasa itu lebih baik bagi kamu kalau kamu mengetahui.

185. Puasa wajib di bulan Romadhan. Bulan diturunkan alQuran. Sesiapa yang menyaksikan anak bulan,  hendaklah dea berpuasa.  Kalau berkeuzuran  berpuasa,  hendaklah diganti dihari yang lain. Satu kemudahan  dari Allah dan membesarkan Nye.

186. Apabila ditanya dimana Allah. Sesungguhnye Allah sentiasa hampir dan perkenankan doa. Mereka hendaklah menyahut seruan dan beriman kepada Allah..

187. Dihalal kan  bercampur berjimak degan isteri2  di malam hari puasa. Berpuasa mula pajar, dan berbuka lah puasa pada magrib. Jangan setubuhi dan hampiri isteri masa beriktikaf dalam masjid.

188. Jangan mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah dan jangan rasuah kepada hakim2 untuk makan harta orang lain degan berbuat dosa.

189. Peredaran anak bulan adalah tanda urusan ibadat manusia khasnye Haji. Semasa berihram jangan masuk rumah dari pintu belakang tetapi masuki pintu hadapan.

190. Perang lah  bagi orang yang memerangi kamu untuk mempertahankan agama Allah. Tetapi jangan lah kamu menceroboh (memulakan perang.)

191. Bunuh lah mereka yang memerangi kamu dimane2 sahaja. Usirlah mereka yang mengusir kamu. Fitnah (perbuatan syirik dan  ganas dan menindas orang islam) itu lebih bahaya dari membunuh.

192. Jika mereka berhenti memerangi kamu, berhentilah.

193. Perangi mereka sehingga tiada lagi fitnah, jika berhenti, tiada permusuhan kecuali pada mereka yang zalim.

194. Pencerobuhan yang dilakukan walaupun dalam  bulan yang dihurmati  tiap2 pencerobohan  dibalas dengan seimbang. Bertaqwalah kepada Allah.

195. Berbelanja lah jangan bahil untuk menegakkan agama Allah. Dan baikilah perbuatan kamu sesungguhnye Allah mengasihi orang2 yang memperbaiki amalannye.

S.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Nota pendik.

1. Hukum qisas. Balasan seimbang.
2. Wasiat harta.
3. Kewajipan berpuasa.
4. Allah dimane? Dia sangat hampir  dan  kabulkan doa.
5. Boleh berjimak dengan isteri malam puasa.
6. Jangan rasuah.
7. Berperang lah untuk pertahankan ugama.
8. Berbelanja lah jangan bahil.

Was.

No comments:

Post a Comment