Friday 13 April 2018

Al baqorah 14. Ayat Kursyi. Pemilehan Pemimpin.

Bismillahhirrohmanirrohim.

243. Ketahui lah ada beribu2 orang  keluar dari kampung melarikan diri kerana takut mati. Allah berfirman kepada mereka 'matilah kamu'. Kemudian Allah hidupkan mereka.

244. Allah izinkan berperang pada jalan Allah.

245.  Siapa yang mahu memberi pinjaman
Kepada Allah yang baik (iklas)  agar mendapat balasan berlipat ganda. Allah lah yang menyempit dan meluaskan rezeki.

246. Kisah setelah wafat Nabi Musa, Ketua Bani Israil minta  dilantik seorang raja yang membolehkan berperang. Tetapi bila perang itu diwajibkan keatas mereka, mereka mebelakangkan kewajipan itu kecuali sebahagian kecil dari mereka sahaja.

247. Bila Allah melantik Talut  menjadi raja mereka menentang nye, tetapi  Talut dilantik Allah, kerana kelebihan ilmu dan kegagahan tubuh badannye.

248. Kerajaan Talut itu benar dari Allah, kerana dibuktikan datang nye Peti Tabut  yang dibawa Malaikat yang berisi barang2 peningalan Nabi Musa dan Harun.

249. Pasukan Talut bersama angkatan perang nye,  di uji supaya tidak minum air di sebatang sugai kecuali seceduk sahaja. Arahan ini diengkar kebanyakn mereka dengan meminum sepuas2nye. Jadilah mereka tidak berdaya berperang menentang Jalut.  Namun orang beriman  tetap percaya kemenangan dan akan menemui Rabbi nye.

250. Orang2 beriman keluar menentang Jalud dan berdoa agar Allah memberi kesabaran dan  tetapkan pendirian.

251. Mereka dapat mengalahkan Jalud dengan angkatan yang disertai Nabi  Daud yang membunuh Jalud . Allah telah melantik Nabi Daud sebagai kuasa pemerentahan dengan hikmat  yang diajarkanNya .

252. Itulah ayat kerangan yang dibaca kan kepada Nabi Muhammad dengan benar.

253. Allah melebihkan sebahagian dari  rasul2 nye dari segi darjat mereka. Nabi Isa diberi  mukjizat dan dikuatkan dengan Rohulkudus. Sepatutnye meteka tidak bertelingkah setelah datangnye Rasul itu membawa keterangan, tetapi mereka bertelingkah dan berbunuhan, maka ujudlah orang beriman dan kafir yang semuanye adalah kehendak Allah.

254. Allah mohon disebarkan sebahagian apa yang diberi kan Nye. Sebelum tiba nye hari kiamat.

255. Ayat Kurshi..."Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang tetap hidup kekal selame2nye, mentadbir sekalian mahlok yang tidak mengantuk usahkan tidur,  yang memiliki apa yang ade dilangit dan dibumi. Tidak sesiapa yang dapat memberi safaat, melainkan dengan izinNye. Yang mengetahui ape yang ade di hadapan dan dibelakang mereka,  sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari Ilmu Allah, melainkan ape yang dikehendakiNya. Luasnye Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tidaklah menjadi keberatan kepada Allah menjaga nya, serta memelihara kedua2 nya. Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."

256. Tiada paksaan dalam Ugama Islam kerana sudah nyata kebenaran nye. Yang tidak percaya, sesat khufur  taghut. Ya beriman memegang simpulan tali ugama yang teguh  yang tidak akan putus.

257. Allah pelindung orang beriman.  Mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya. Orang2 kafir  kepada tagut dan kufur.

258. Orng kafir berhujah  bila Nabi Ibrahim berkata Allahlah yang menghidup dan yang mematikan, tetapi mereka menjawab mereka pun boleh. Tetapi bila disuruh terbitkan matahari dari barat mereka tercengang. Tiada petunjuk kepada orang2 kapir.

259. Kesah Allah membina negeri yang sudah hancur dan menghidupkan semula orang yang telah mati. Allah lah maha kuasa setiap sesuatu.

260. Kesah Nabi Ibrahim ingin menyaksikan, Allah menghidupkan semula yang telah mati. Diminta supaya burung yang dicincang, diletakkan diatas gunung yang berasingan dan bila diseru, semua burung2 itu kembali  hidup.

S.

Untuk ku faham sahaja.

Nota pendik.

1. Allah mematikan dan menghidupkan semula.

2. Keizinan Allah untuk pergi berperang.

3. Pemilehan pemimpin. Bukan kerana banyak harta tetapi ilmu dan tubuh yang perkasa.

4. Allah mohon disebarkan keterangan2 Nye.

5. Ujian dan kesah peperangan  Talud dan Jalud, dan pelantikan Nabi Daud sebagai pemimpin kerajaan.

6. Ayat kursyi.

7. Allah membagun negeri yang ranap dan menghidupkan yang mati.

8. Kesah  keinginan Nabi Ibrahim menyaksikan sendiri, Allah menghidupkan semula yang telah mati. Burung yang dimatikan kembali hidup.

Was.

No comments:

Post a Comment