Wednesday 20 February 2013

Mimpi yang menjadi nyata 4 (teringat semula )

1.        Saya bermimpi ke suatu pulau yang sangat indah pantainya, saya dapati ramai orang sedang sebuk untuk mendirikan bagunan saya bertanya "untuk apa ini? ¨mereka menjawab "kawasan ini akan di bagun kan  dan di majukan".Saya  pergi kesebuah rumah untuk membeli ubat darinya. Saya terjaga.  Pada hari hari yang lain saya juga bermimpi pergi kekawasan ini,  mimpi nya sama. Saya rasa saya selalu pergi ke pulau ini  dan seperti sebelumnya keadaan nya sama.
     pada tahun 1987 saya bertugas di Kementerian Penerangan saya dan pasukan telah melawat Langkawi saya amati tempat yang saya pergi ini bersamaan dengan mimpi saya sebelum nya. Ubat yang saya beli itu adalah minyak gamat dan pantai yang cantek itu ialah pantai Cenang.Pulau ini ini sedang di bagunkan olih YAB PM Dr Mahadir Muhamad. Selepas itu lebih 8 kali saya melawat atau bercuti maupun menghadiri progrem jabatan. Kepulau ini.

2.         Saya bermimpi ada tiga tokoh penting Malaysia yang sangat akrab dalam pasukan mentadbir negara, iaitu  Najib Razak, Mahayudin Yasin  dan  Anuar Ibrahim. Dan telah berlaku peristiwa dalam negara yang ta saya ingat dalam mimpi itu. Kemudian gandingan yang baru mentadbir negara ada kehilangan tokoh, Anuar sudah tidak ada dalam pasukan itu yang tinggal Najib dan Mahayudin
            Senario ini sudah menjadi nyata sekarang dalam kepimpinan negara.

3.           Saya bermimpi ada sebuah rumah yang telah saya bena, di tepi sebuah pantai  di dapati terbakar dan dirosak dan dirobohkan olih satu lembaga berupa orang utan yang besar yang rakus dan bengis.Saya hanya berdiri disisi tempat kejadian melihat dengan tabah,sabar dan tenang  dan saya  tidak pula mengambil apa2 tindakan terhadapnya. Saya hanya katakan rumah ini kenalah dibagunkan semula.  
            Saya tafsirkan mimpi ini adalah tindakan orang2 tertentu mengunakan kejahatan jin dsb untuk meruntuhkan rumah tangga yang baru dibena.Tidak berlaku apa apa saya menyerah diri pada yang Maha Berkuasa sabar menghadapi dugaan.

4.                Saya bermimpi banyak kali menghadiri pelbagai peperiksaan baik untuk peringkat  Ijazah pertama di pusat -pusat pengajian  tinggi atau dalam berbagai kursus tetapi saya selalu gagal   ujian pepereksaan itu. Kecuali sekali saya lulus dan akan melanjutkan pengajian petingkat sarjana.
                  Mimpi ini mukin bermaksud saya telah berjaya mendapat ijazah pertama akademik saya, dari um dahulu atau
                Boleh juga di tafsir bahawa Kehidupan di dunia ini adalah cubaan Allah yang menguji saya, tetapi saya gagal melakukan banyak kali dan mungkin satu ketika  nanti saya berjaya mengharungi kehidupan untuk mengikuti semua perintah Allah sebagai hamba dan mahluk Nya yang sebenar. (yang di maksudkan lulus pepereksaan itu) Saya cenderung kepada tafsir ini.

5.             Saya bermimpi berlari lari bersama kumpulan seperti satu pasukan merentas desa  menuruni bukit dan menaiki bukit, dalam kepenatan saya dan kawan berjalan  tidak berlari dan menaiki bukit dan anak tangga  sampai ke satu tempat di atas bukit itu saya melihat  beberapa tangki yang besar saya berehat dikawasan itu, kemudian berlalu dan saya terjaga. Mimpi sebagini berulang pada mimpi dimalam yang lain.
                  Mimpi ini telah menjadi nyata apabila saya bertugas di Pejabat Daerah Batang Padang. Pegawai Daerah Haji Bahari ketika itu telah mengadakan progrem jogging kesihatan.  Kawasan  yang   dicadangkan itu tidak jauh dari Pejabat Daerah  di sebelah utara Pekan Tapah. Jalan yang dilalui  itu tanahnya berbukit dan diatas bukit itu ada tanggki ayer yang besar..
Ia benar benar berlaku seperti apa yang saya saksikan dalam mimpi saya.

No comments:

Post a Comment