Saturday 9 February 2013

Menyambut kasih dengan rendang gesin unik

Perkahwinan itu diredoi Tuhan melalui penikahan. Surah Annisa Allah berfirman yang bermaksud kahwin lah kamu dengan perempuan yang kamu sukai dua tiga atau empat jika kamu tidak boleh berlaku adil kahwinilah dengan  satu perempuan sahaja. Nabi pernah bersabda lebih kurang maksudnya pilehlah wanita yang ingin kamu kahwini itu dari kalangan yang cantik paras nya, dari keturunan nya kekayaan nya dan paling beruntung lagi bahagia bagi kamu memilih kerana ia mengamalkan agamanya.
       Hari ini saya menghadiri majlis prrkahwian saudara di sebelah isteri saya, suasana majlis itu amat meriah kerana kerjasama saudara mara dan penduduk kampong untuk menjayakan nya. Mereka mengurbankan dua nyawa kerbau dan lembu menumbangkan pulohan batang kelapa untuk umbut sebagai juadah. tetapi yang sangat mengkagumi saya adalah satu masakan tradisi nama nya rendang gesing. Ia di chefkan oleh pakar masakan  tradisi disitu. Di buat dan diadun dengan campuran herba dan daun berhasiat dari lebih 20 jenis dan dimasak dan adun untuk disediakan melalui lebih 4 peringkat, memakan masa dua hari satu malam dengan kerja yang rumit lagi unik.
       Begitu lah cara kita meraikan kehadiran  baru. Kita bukan sahaja mengurban kan nyawa tetapi berupaya menghasilkan  masakan termahal dan tersedap untuk keluarga dan masyarakat. Serincik dalam sepiring untuk masakan ini akan mencicah ratusan ringgit kalau di hatel lima bintang. Ini lah nilai nya cinta, pengorbanan dan  tukaran termahal untuknya..


No comments:

Post a Comment