Monday 18 February 2013

Nafsu menyerang kerajaan (pkyg ms33 34 35)

      Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri kamu dan segalanya adalah milik Allah. Dalam diri manusia ada angan2 dan hawa nafsu. Jika kamu benar berpehak Allah kamu akan menentang diri kamu sendiri. Seperti firman Allah." Wahai Daud, kepada Aku lah tempat kamu kembali,oleh itu berpegang teguhlah kepada Ku; Perhambaan sebenar ialah melawan diri kamu kerana Aku"
     Dengan itu kamu akan mencapai kesucian, kebahagiaan  dan kemuliaan. Firman  Allah." Janganlah ikut hawa nafsu mu kerana ia menyesatkan kamu dari jalan Allah" dan firman nya lagi " Jauhkan lah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawan Ku dan kerajaan Ku melainkan hawa nafsu manusia."  Oleh itu semua kebaikan itu terletak pada jihad  terhadap diri sendiri dalam semua keadaan hidup.Jika kamu dalam keadaan solih tentanglah diri kamu hingga terhindar dari segala yang haram dari manusia dan syak wasangka. Dan dari bergantung kepada manusia di dunia fana ini.

No comments:

Post a Comment