Friday 8 February 2013

Mimpi yang menjadi nyata 3.

Tidak lah ada kuasa mahluk untuk mengetahui pelakuan atau kejadian-kejadian  akan datang hanya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi berkuasa menentukan takdirNya kepada setiap hamba Nya. Dalam tadbir mimpi saya, semua mimpi- mimpi yang saya alami itu telah di lalui dan didapati benar-benar berlaku seperti yang di mimpikan itu.
     Lihatlah mimpi- mimpi saya itu telah pun terjadi  realiti yang di jelaskan ini
         mimpi 1. Saya telah dilantik dalam perhidmatan awam dan saya telah ditugaskan ke Pahang ke Daerah Kuala Lipis dan Kemudian ke Daerah kecil Merapoh yang pada masa itu masih berhutan tebal dan Jalan rayanya berliku liku. Bila saya bertugas di pejabat Daerah  disitu  bagunan kompleknya adalah ala British lama dan usang. Saya betemu dengan seorang pegawai di tangga tua untuk ketingkat atas  dimana susuk badan dan warna kulit seperti jelmaan mimpi terdahulu, kepada dia saya mohon bantuan untuk urusan perkahwinan saya dengan seorang anggota di situ yang kemudiannya menjadi isteri saya.
         mimpi 2. Saya telah di tukarkan keJHEOA Perak Kedah untuk mentadbir masyarakat orang Asli. Saya selalu bergaul dan bermesra dengan mereka.
         mimpi 3. Saya diarah mengepalai Daerah Hilir  perak yang mana di sana adalah kawasan tanah rendah dan berpaya kemudian setelaj lama disana, saya diarah untuk balik keibu pejabat atas alasan kesihatan.
         mimpi 4. Dengan tidak di sangka Saya diarah bertugas ke MBI yang bangunan nya ada 7 tingkat.
         mimpi 5.  Saya pergi menunaikan Umrah pelawaan YAB MB perak Dt Sri  Zamri Kadir.  atau mungkin dengan izin Allah akan datang pergi menunaikan fardu haji. Sebab saya telah bertemu ramai otang klit hitam berjubah di Mekah seperti mimpi saya itu.
          mimpi 6, ketika saya mengepali Daetah saya selalu di undang ke Is
skandariah khasnya majlis keputraan  DYMM Paduka Sri Sultan perak.
         mimpi 7. Suatu ketika, ujud pertubuhan al Arkam  berjubah hijau yang kemudian nya di haramkan kerajaan.
         mimpi 8.  Siri lawatan saya keluar negeri sama ada berkursus, melancung atau tawaran lawatan sambil belajar. Penerbangan kebarat adalah saya mengikuti kursus ke Amerika  dimana saya sempat ke Los Angeles univesal studio,  Holywood,Disney Land Lusiana dan New Orleans. Disana saya melihat pelabuhan sepanjang Sg Misisipi yang kapal tentera laut  USA sedang berlabuh disana.
           Kemudian saya sempat berkursus di london untuk tempoh yang panjang juga.
          Pnerbangan ketimur adalah lawatan saya ke Jepun atas khidmat saya sebagai pengurusi Ngo belia. Kemudian saya ke Koria dan Ke China.
Semua tempat tempat yang dilawati  ini penduduk nya bermata sepet seperti dilihat dalam mimpi itu
         Mimpi 9. Saya rasa mimpi itu untuk kealam berzah. Satu peringatan untuk saya.Realiti mimpi ini belum tiba lagi .Saya tidak mengetahui alam itu. Saya rasa jika pintu tertutup beerti roh saya tidak akan kembali kepada jasad dan binatang berbisa itu adalah mahluk untuk seksaan di alam kubur. Alam ini pasti tiba kerana setiap bernyawa akan merasai mati.
            Allah mengingat kita dengan berbagai cara. Dia maha berkuasa lagi mentadbir Alam.

No comments:

Post a Comment