Sunday 17 February 2013

Melayu bisnes masih nombor corot.?

       Saya terkejut apabila kawan saya menyatakan dari segi ekonomi di Semenanjung kedudukan ekonami orang-orang melayu   berada di tangga Keepat bukan nombor tiga. Saya kira kedudukan kita di tangga ketiga sesudah kaum Cina dan India. "Tempat ketiga adalah  kaum Benggali sesudah itu kaum Melayu ". Dia menjelaskan lebih lanjut. Dia bercakap secara yakin tanpa data. Saya terkesan dengan kata-kata nya itu.
       Saya nampak untuk membagunkan ekonomi orang-orang melayu,  ia sangat memerlukan kesungguhan dan pengurbanan. Perlu perancangan teliti dan khusus dan ditangani pula dengan pintar, bijaksana dan  berani. Itu resepi utama membagunkan ekonomi orang-orang melayu khasnya di bidang perniagaan usahawan dan perindustrian.
      Orang melayu secara am nya bukan bersikap usahawan tulin, tetapi mereka meletakan budaya sosialnya di tempat utama, pengucapan dan aktiviti politiknya ditempat kedua atau utama dan budaya ekonominya ditempat terkemudian atau terahir. Mereka sangat suka kepada susunan itu tanpa sedar. Keadaan ini belum banyak berganjak walaupun Malaysia telah memasuki negara membagun dan mengarah kenegara maju.
       Ada bayak faktor susunan dan keadaan ini ujud. Umum nya saya berpendapat jenerasi orang melayu awal, yakni ibu bapa kita sebelum ini adalah jenarasi petani, anak-anak mereka yang telah mendapat pendidikan formal akan kembali menjadi seorang petani atau anggota kerajaan. Anak anak pegawai kerajaan ini pula terbahagi dua samada mereka menjadi anggota kerajaan atau pekerja swasta di kilang kilang dsb atau sedikit bekerja sendiri.  Ini beerti tiga keturunan  atau 100 tahun lagi belum tentu  orang orang melayu  menguasai bidang usahawan atau sektor niaga. Ini bermaana jika tiada perhatian khusus diambil untuk melahirkan  usahawan dan peniaga melayu, kita akan tertinggal lebih jauh lagi, jika ada sepuluh kaum pun maka orang- orang melayu akan di tempat belakang kerana kita tidak mampu bersaing kerana ada sikap ta mahu menyusah minda dan mudah putus asa.
        Peniagaan perlu memiliki sikap seorang usahawan,  perlukan modal dan pengalaman dan pengetahuan dan networking. Perlu pengetahuan dan stratiji pemasaran,cekap perakaunan, dan pentadbiran,dan mempunyai  semangat memajukan bangsa dan memiliki deseplin yang kemas untuk persaingan globle. Ini syarat mutlak menjadi orang bisnes atau koprat yang berjaya.

         Untuk meramai dan mempercepatkan orang orang melayu dalam perniagaan saya suka mencadangkan secara rengkas disini seperti berikut.
          1. Bentuk satu jabatan khas usahawan dan niaga bangsa melayu di tiaptiap  negeri.
          2. Ujudkan unit-unit dan bahagian penting antaranya a. Unit baru cebur niaga
                   b. Unit peniagaan maju terus
                   c.  Unit usahawan Kecil dan 
                          sederhana.
                   d. Unit maju kontrektor
                   e. Unit maju tanah.
                    f. Unit koperat mongrat melayu
                          berjaya.
                    g. Unit latihan dan kesedaran.

           Dari sini paculah bangsa melayu bersa orang-orang niaga dan koprat seperti apa yang di kehendaki olih Raja-Raja Melayu dalam 7 WASIAT nya. Dapatkan maklumat peniaga dan usahawan melayu, rancang dan bertindaklah untuk sasaran yang ditetapkan dengan iklas yakin dan berani. Lihatlah kekuatan dan kelemahan yang ada, gunakan stratiji terbaik untuk menuju kejayaan, Kerana perniagaan itu di tuntut ugama. Ramai nanti boleh berzakat dan membantu menghapuskan kemiskinan dengan lahirnya  ramai usahawan islam nanti.
                     
         lahirlah masyarakat penjual,dan membeli untuk menjual.

No comments:

Post a Comment