Wednesday 27 February 2013

Kunci meraih kekayaan meteri

Kekayaan harta benda dan wang ringgit itu sebenar nya adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang hendak di uji keimanan nya di dunia ni. Manusia hanya berusaha untuk memperolihi nya Allah lah yang menentukannya . Firman nya baik wanita maupun  lelaki,  akan memperolihi mengikut kadar apa yang diusahakan nya.

       Sebagai manusia kita mencari ketetapan Tuhan untuk mendapatkan sesuatu itu lah yang dinamakan kadaq dan kadar Allah. Banyak jalan di cipta Allah  untuk mendapat atau mencapai sesuatu ketetapan dan ketentuan2 nya.Untuk mendapatkan kekayaan di dunia ini pasti ada ketetapan-ketetapan Nya.secara umumnya ketetapan2 itu.
       1.nampak duit.
       2.berusaha gigih dengan fikiran tajam   
           lagi bijaksana                            
       3.buat kebaikan dan kebajikan
       4. Dengan Ilmu dan pengalaman
       5. Berdoa kepada Allah yang di hajati.
1. Apa yang di maksudkan dengan nampak duit yakni dapat melihat keuntungan yang jelas dalam kiraan atau congakan nya.Dia nampak duit itu  dalam minda nya.Nampak berapa bayak untung nya. Dan berapa banyak duit boleh didapatinya, dari penglibatan nya dalam aktiviti ekonomi yang nak diceburinya.
Cho. Seorang pemuda cina bermain saham pada ketika itu boom time. Apa-apa belian saham dari apa-apa syarikat  akan untung. Katanya " u tak tadah kah duit dari langit sekarang macam hujan turun tadah sahaja". Mana ada duit tu saya mencelah. "Tak lah duit kertas tu turun dari langit, maksud i, macam ni u beli apa2 saham sekarang kalau banyak u laburkan,  besarlah  untungnya u dapat" . Saya lihat dia nampak duit. Dalam hati  berkata patut lah Mereka hidup kaya raya.
2. Kalau kita nampak wang  pun tetapi kita tidak berusaha gigih untuk mendapatkan nya ia tidak bererti sama sekali. Ia mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak putus asa. Antaranya Luaskan kenalan. Semua peringkat bawah hingga ke pembuat keputusan. Jadikan diri disukai ramai beri bantuan dan pertolongan walaupun kecil bersungguh2. Gunakanlah pikiran dengan tajam dan stratiji untuk mendapatkannya. Yang dicintai Allah dalam semua hal kebaikan  itu adalah Kesungguhan buat lah kerja bersungguh2 hingga berjaya.
3. Buatlah sebanyak mungkin segala kebaikan dan kebajikan. Kebaikan yang di arah Allah  Fardhu ain dan kifayah. Berilah bantuan kepada manusia  yang mereka perlukan. Kebaikan berupa perkataan, nasihat dan  ilmu, bantuan kebendaan dan lain2 kebaikan dan kebajikan yang boleh di munafaat olih manusia. Allah akan bersama orang2 yang membuat kebaikan dan kebajikan.Biasanya ini tidak disedari orang tetapi sangat besar erti nya kepada semua usahawan dan perniaga untuk berjaya.
4.Sesungguhnya raja segala kejayaan adalah ilmu dan pengalaman. Ilmu akan memberi petunjuk yang benar dan salah. Untung atau rugi. Ilmu memberi petunjuk arah dan ketua segala perancangan. Ilmu dan pengalaman adalah kunci terbesar membena sebuah empayar manusia. Kuasailah ilmu yang berkaitan. Sebagai contuh jika mahu berjaya dalam perniagaan tuntut ilmu perniagaan baik kecil maupun besar. lmu pengurusan, ilmu pemasaran, perakaunan, berbagai ilmu tektikal dan stratiji dsb.
5. Selepas itu berdoalah kepada Allah untuk mencapai nya. Doa dengan lisan dan perbuatan dan tingkah laku maksud nya menghususkan diri sebenar2nya dengan minda, lisan dan  hati dan dengsn perbuatan kita supaya  perusahaan yang kita sedang usahakan dapat mencapai kejayaan dan diredoi Allah.

No comments:

Post a Comment