Thursday 14 February 2013

Hormati penerima wahyu Tuhan

Tidak ada anugerah tertinggi yang diterima olih orang-orang melayu di Semenanjung Tanah Melayu  selain dari anugrah ANUTAN ISLAM.ini adalah anugrah yang tiada tolak banding dengan anugrah lain seperti kesuburan tanah dan terjauh dari bencana alam yang ada di bumi yang kita junjung ini.
          Pertama kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas nikmat ini, kerana Dia telah menetapkan orang-orang melayu memeluk dan beragama Islam. Kedua kita perlu besyukur kepada SISTEM PEMERINTAHAN yang ada ketika itu ada lah sistem BERAJA dimana raayat taat kepada raja. Apakala sesaorang  raja memeluk islam maka sekalian raayat pun patuh menganut ugama raja. Olih itu kita patut menghormati sitem beraja ini yang di kepalai olih SULTAN atau YANG DIPERTUAN sesebuah negeri. Jikalah mereka duhulunya tidak menerima Islam maka sudah tentu kita tidak beragama Islam dan kita akan menerima lain-lain agama atau lain-kepercayaan. Bayangkan mukin kita beragama Hindu, Kristian, Budha atau lain- lain kepercayaan kufur. Kita menghurmati raja bukan kerana tubuh nya, bukan kekayaan nya, bukan singahsana nya tetapi kita mesti menghurmati Raja dan Sultan Pemerintah kerana mereka lah menyebabkan kita beragama Islam. Mentauhidkan Tuhan. Membawa kita kepada ajaran agama yang benar. Kita terhutang budi yang amat sangat kepada Raja-Raja Pemerintah dahulu dan sekarang ini  hingga ke hari kiamat.

No comments:

Post a Comment