Sunday 10 November 2013

SURAH AN NAHL (LEBAH) PART 1.

1. Janji Allah telah di tetapkan oleh itu jangan minta untuk di segerakan.
2. Allah telah menurunkan wahyu melalui rasul2nya dan berfirman" Hendaklah kamu menegaskan  kepada umat manusia bahawa tiada tuhan melainkan Aku."
3. Allah mencipta langit dan bumi secara berhikmat.
4. Ia mencipta manusia dari air benih,tiba2 mereka menjadi pembantah.
5. Ia mencipta binatang ternakan untuk manusia. untuk memanaskan badan,untuk makan,dan faedah2 lain spt.untuk keindahan menarik hati pada pagi dan rehat petang dan untuk membawa barang2 kemerata2 negeri.
6. Kuda, bahal dan keldai untuk kamu tunggang dan untuk perhiasan.
7. Dan Allah menjadikan apa2 yang kamu tidak ketahui.
8. Allah telah memberi panduan ke jalan yang lurus ttp ada juga yang terpesung,jika di kehendaki Allah, tentulah menunjuki jalan yg lurus.
9. Allah telah menurunkan hujan untuk minum, untuk tumbuh2an, untuk makan ternakan dan menumbuhkan pokok zaitun,tamar, anggur dan lain2nya untuk kamu berfikir.
10. Allah memudahkan kamu dengan mencipta malam dan siang,matahari dan bulan,bintang2 untuk keperluan kamu untuk kamu faham.
11.Apa2 jua yang di jadikan Allah di bumi selainnya adalah untuk kemudahan kamu dan tanda kemurahan Allah.
12.Allah memudahkan laut utk kamu dapat makan daging lembut hidup2,benda2 perhiasan,untuk kapal belayar,dan tempat mencari rezeki supaya kamu bersyukur.
13.Allah mencipta gunung ganang untuk menetapkan kamu supaya tidak menghuyun.
14.Ia mencipta sungai serta jalan dan tanda lalulalang untuk kamu sampai matlamat dituju seperti bintang dilangit diwaktu malam.
15.Nikmat Allah Sangat banyak tidak terhitung satu persatu, Allah maha pengampun lagi maha pengasihani.
16.Allah mengetahui apa yang kamu sembunyi dan dizahirkan.
17.Mahluk yang disembah  selain Allah tidak dapat mencipta sesuatu bahkan mereka di cipta.


No comments:

Post a Comment