Monday 18 November 2013

SURAH AN NALH. LEBAH. PART 5

57. Mereka menyembah selain dari Allah, yang tidak memberi rezeki dan tiada mendapat kuasa itu, olih itu jangan mengada kan sebandingan  dengan Allah. Perbuatan syirik itu sangat buruk.
58. Sebagai misalan dan bandingan seorang hamba yang tidak bebas, dengan yang merdeka, yang kaya, bebas berbelanja, kedua2nya ta sama.Dan misalan kedua orang yang pekak dan kelu yang tidak dapat menyatakan apa yang difikirnya dan tak dapat mendengar, dia menjadi beban kepada penjaganya, dia tidak mendatangkan satu faedah pun. Dan adakah sama dengan orang yang boleh berkata2 menyuruh orang ramai melakukan keadilan dan dia pula diatas jalan yang lurus benar.
59. Allah mengetahui segala rahsia dibumi dan langit dan hari kiamat itu berlaku sekelip mata atau lebih cepat lagi.Allah maha kuasa setiap sesuatu.
60. Allah lahirkan manusia tanpa apa pun, kemudian Dia kurniakan pendengaran, penglihatan dan hati supaya bersyukur.
62.Dan perhatikan burung terbang tiada jatuh.
63. Allah jadikan rumah untuk tempat tinggal, kulit binatang untuk khemah berteduh dan ringan utk dibawa kemana2. Berjenis2 bulu binatang  sebagai pekakas rumah dan untuk perhiasan.
64. Sebahagian yang dicipta Allah untuk berteduh dan gunung ganang untuk berlindung, pakaian melindungi panas dan sejuk dan semasa berjuang, supaya kamu menyerah diri pada Nya dan mematuhi perintahNya.
65. Wahai Muhammad!  Jika mereka masih berpaling dan engkar, engkau hanya bertanggung jawab menyampaikan perintah2 Allah dengan cara yang jelas dan nyata.
66. Orang2 kafir tergamak mengengkari perintah2 Allah, ingatlah hari kebangkitan tiap2 umat, rasul mereka akan menjadi saksi. Mereka akan di seksa keras. Dakwaan Orang2 musrik ditolak olih mahluk yang dipuja mereka, sedangkan benda2 itu menyerah diri bulat2 kepada Allah. Orang2 kapir yang menghalang jalan Allah akan di tambah azab seksa mereka kerana membuat kerosakan..


No comments:

Post a Comment