Wednesday 6 November 2013

Hasad Dengki Parasit Agama Dan Umat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda." Enam orang masuk neraka dengan enam sebab."

1. Bangsa arab di sebabkan kesukuan nya.

2. Para raja di sebabkan kezaliman nya.

3. Para pemimpin disebabkan sifat takburnya.  
 
4. Pedagang disebabkan sifat khianatnya.

5. Orang desa kerana kebodohannya.

6. Para ulama disebabkan sifat hasadnya.

Hasad boleh menimbulkan lima  kerosakan.

i)  Merosakan ketaatan.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w." Hasad memakan pahala kebaikan seperti api memakan kayu bakar"

ii) Sifat jahat dan maksiat.
Menurut Sydina Wahab b. Munabbih r.a. bahawa hasad mempunyai tiga ciri.

a. Jika berhadapan menjilat.
b. Jika di belakang mengumpat
c. Senang dan suka jika orang mendapat kecelakaan.

Allah berfirman." Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengki."

Allah memerintahkan kita meminta perlindungan Nya dari sifat hasad sebagaimana kita meminta perlindungan dari syaitan  dan tukang sihir.Sangat buruk sifat hasad dengki itu hingga di samakan dengan syaitan dan tukang sihir hanya kepada Allah lah kita mohon perlindungan.

iii)  Menjadikan manusia dalam keadaan lemah dan bigung, yang tidak memberi sebarang manfaat bahkan mendatangkan dosa dan maksiat. Ibnu Samma r.a. berkata keadaan orang zalim dan hasad itu adalah sama.Mereka mempunyai nafas yang berlarutan,otak yang kosong dan hampa serta kesusahan yang terus menerus.

iv) Akibat darpada hasad  Buta hati hingga tidak dapat memahami satu hukum pun dari banyak hukum Allah.

v)Terhalang nya kebaikan tidak mendapat taufik
tidak mencapai hajat yang diperlukannya bahkan bererti menolong musuh.seperti mana dikatakan olih Hatimul Asham r.a. "Orang yang dengki bukan ahli ugama, orang yang suka mencela bukan ahli ibadat, orang yang suka mengadu domba tidak boleh di percayai dan orang yang hasad termasuk gulungan yang tidak perlu mendapat pertolongan."

Hasad dengki merosak dan akan menjatuhkan umat sendiri. Umat menaggung kesengsaraan, kemiskinan, permusuhan, perpecahan, aib  ugama dan boleh melahirkan fitnah dan berpuak. Kesan hasad dengki ini berpanjangan dan akan berlarutan dan mungkin tiada hujung nya.

Agar kita selalu lah berdoa kepada Tuhan Yang Esa supaya dijauhi dari orang2 bersifat hasad dengki semuga kita selamat dari musibah dan penginayaan nya.

was.maig

No comments:

Post a Comment