Friday 22 November 2013

TEMU BUAL SAYA DENGAN TOK RABUK.

S. Apa pandangan anda, menerima tanggung jawab kemsyarakatan.?
J. Hendaklah dilihat jauh selagi nampak olih fikiran dan apa yang boleh dilihat dimata hati.,melihat dekat lagi terasa dan menjamah apa yang ada. Ertinya 100 tahun ta terjangkau ilmu merencana, mata hati melihat apa yang ghaib, apa yang nampak adalah sinar yang panjang,  abad untuk bangsa walaupun kitanya tiada dan yang ta nampak hingga kealam kurbah.Yang dekat pula apa yang nampak, selagi masih ada usia, sepanjang usia yang kita rasai nya, dengan mata yang kita pandang, didengari dengan telinga dan pancaindra. Semasa kita bertugas seperti menjamah makanan pilih yang terbaik dan berhasiat untuk bagunkan bangsa dan negara, pada masa dan saat berupaya melakukan nya.

S. Pandangan tuan pada keutamaan!
J. Pandangan keutamaan adalah membentuk kewarasan, didahului kebijaksanaan dari kebodohan supaya dapat mengelak tipu daya yang nyata dan tersembunyi. Hidup ini berpasangan terbahagi dua, yang zahir dan yang tersembunyi, tanpa ilmu kita berfikir lojik semata,  tiada rasional. Itu tidak sempurna sedangkan alam telah membuktikan yang gelap  ada terang dan yang zahir ada yang tersembunyi, yang nampak dan ada yang tidak, semuanya untuk sempurna.

S. Itu hanya satu keutamaan?
J. Itu hanya pandangan keutamaan tidak akan terjadi sesuatu tanpa di laksanakan. Cerakinan adalah ilmu pisah dalam kesatuan, ibarat pokok ada tanah, ada api, ada air, ada buah, ada zat, dan ada racun, ada ubat untuk penawar, ada air penghilang dahaga, buah penghilang lapar. Ambil semua jadikan satu untuk di manfaatkan. Pokok yang rimbun buah nya banyak.

S. Belum jelas lagi tu ya!
J. Alam ada pentadbir dan pencipta yang Tunggal Lagi Bijaksana, kita hanya merancana dan memohon pada pencipta untuk melihat segala teladan yang kita jumpa. Analisa itu sebagai hujah perancangan. Ilmu kita terbatas kena cari, agar diizinkan supaya matlamat keredoaan Nya tercapai.

S. Selanjutnya bagaimana.?
J. Bukankah setiap suatu telah di takdirkan. Ditentukan masa dan tempat nya, kesudahan nya seperti rencana Agung, kerana kita ta tahu, ketiadaan ilmu yang mendapat petunjuk, semua yang kita lakukan adalah permainan dan sandiwara semata bukan yang hak seperti belum dinoda azazil ketua segala ketidak benaran. Jesteru apa ini,? lakunan dunia sahaja. Ilmu sempurna dari wahi sangat penting dituntut dan diajar tapi kita tidak mengutamakan nya. Ia telah diturunkan 1400 tahun terdahulu, kita belum perincikan lagi dan tidak lakukan seperti diberitahu, itu ilmu wahyu kena turut.
.
S. Hakikat keutamaan kita apa?
J. Yak ni kesungguhan tanpa tolak banding. Kita buat sungguh2 perintah wahyu. Bersungguh2 itu perintah juga. Bersungguh2 itu juga doa dari anggota dan akal minda dan roh jiwa kerana itu hasil kesungguhan akan mencapai puncak. Ikut jangkamasa. Mana ada yang bersungguh mencapai gagal. Bisa berjaya mengikut fokus terencana atau ikuti apa yang bisa di tetap teranugerah ketentuan Esa. Tanpa kesungguhan tiada kekuatan. Tiada kekuatan tiada maana, tiada bererti, tidak dikehendaki. Kekuatan tanpa akal juga tiada erti, tersimpulan yang membawa erti, kelemahan pribadi murni.

S. Kelemahan itu apa?
J. Kelemahan itu adalah dorongan hawa nafsu tanpa akal dan ilmu. Kebodohan, dan ketidaupayaan kita dalam kesepaduan,  bukan pecah  belah, bukan kesesatan, bukan fitnah buta tanpa fakta dan usul periksa. Bukan mainan sentimen dan pendewaan kuasa atau tamak haloba dunia, jika ni berlaku kita sedang menguasai kebodohan kayak ketidaksiuman, menderhaka dan merompak dunia, jelek, menghancur bangsa merosak ugama.
Yang membinasa tiada berguna.

S. Penyatuan  yang bagaimana terutamanya?
J. Manusia dicipta berkelumpuk tidak terbilang. Asas terbagai,  berorentasinya ekonomi kepimpinan, filsafat, wilayah, ketuhanan dan belbagainya. Kaya miskin nya, kuat lemah nya, kelumpuk usia nya dan yang lainnya,banyak, tidak terbilang ya. Semuanya berguna tidak pula mereka tidak berguna,untuk kesatuan mereka tidak perlu dijagai tapi perlu di rancana untuk saling berpadu. Ikatan kasih sayang adalah ikatan terunggul, mengelokan segala yang cacat, melebihkan segala yang kurang dan wahyu tunggal penyatuan ummah tanpa dirasuk ajaran songsang maka akan lahirlah manusia iklas, jujur, berintegriti, amanah, takuti hari pembalasan, tidak menurut hawa nafsu, teliti dalam pekerjaan dan mempertahankan yang hak yang menjadi asas menjana manusia dari dua unsur yang ada, 'nyata dan ghaib' juga.

S. Kalau gitu ada antaranya sesat.?
J. Setiap orang boleh melakuan silap. Memang ada yang tersesat tetapi ramai juga mengikuti jalan yang benar. Kalaulah sudah tiada mengikuti jalan yang benar kita tunggu sahaja kiamat hampir menjelang, jaraknya seperti rambut dibelah seribu.(agak2 sj tu )Sesiapa yang lurus di zaman ini akan menjadi kambing itam yang dinamakan jaman rasukan jin dan iblis yang ditakdir menggoda manusia supaya berpecah belah, bersenjatakan fitnah dan kecintaan dunia.  Tuhan mahu memileh siapa yang menuruti jalan yang benar dan lurus, bukan jalan duniawi, nafsu yang sementara semata2, dan itu harus di mengerti bahawa jika tiada yang jahat mana ada yang baik. Jika tiada asap mana ada api. Jika tiada pokok mana datangnya buah. Untuk dipilih seperti menampi padi yang antah disisih untuk dibuang yang beras untuk diambil untuk ditanak. Kan gitu.!!.0
S. Aku terima kasih Tok Rabuk
J. Makasih jumpa lagi

No comments:

Post a Comment