Wednesday 6 November 2013

EMPAT PENYAKIT MENURUT IMAM GHAZALI

Menurut Imam Ghazali ada empat penyakit merosak hati.
a. Khayal seakan-akan masih panjang usia.
b. Serba terburu2 tanpa pertimbangan.
c. Iri hati dan dengki terhadap orang lain.
d. Takabbur.

a. Hayalan dan lamunan akan menyebabkan berlaku  4 pekara yang merosakan kebaikan akan mendatangkan kejahatan dan fitnah.

i. Tidak taat dan meninggalkan terus. Selalu nya mereka berkata. " pasti aku akan taat tetapi sekarang belum dapat mekaksanakan nya, bahkan masa masih panjang dan aku akan dapat melaksanakannya juga nanti". Sydina yahya b. Muaz mengatakan. " Berangan2 itu memutuskan setiap kebaikan. Tamak haloba menghalang yang hak, sabar membawa kemenangan dan nafsu mengajak kejahatan."

ii. Menunda taubat dengan alasan umur masih muda dan mereka tidak sedar bahawa ajal akan menjemput bila2 masa.

iii. Orang gemar menimbun harta menyintai dunia dan melupai ahirat. Mereka beranggapan jika tidak memupuk kekayaan, mereka akan menjadi fakir pada masa hadapan, ketika tua nanti.

iv. Hati menjadi keras melupai ahirat.sasaorang yang mengangan2kan kehidupan kekal didunia tentu ingatan nya tentang maut dan kubur hilang. Sydina Ali betkata. "Sesungguh nya yang aku takutkan dari kamu ada dua iaitu merasa jauh dari ajal dan tunduk kepada nafsu."

Allah berfirman."Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang2 yang telah di beri kitab sebelum mereka, setelah orang2 itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantara nya orang2 yang fasik- derhaka".

Nabi Isa bersabda." Dunia ini hanya tiga hari.
Hari yang telah lampau tidak apa2 lagi. Esok yang sedang kau nanti masih menjadi tanda tanya, apakah engkau sampai atau tidak. Hari ini yang kini yang sedang kau jalani maka pergunakalah kesempatan sebaik2 nya'.

was.minhajul abidin

No comments:

Post a Comment